Header Ads

Header ADS

Jika Anwar ada majoriti pun belum tentu Muhyiddin hilang kepercayaan kata Dr Shamrahayu


KUALA LUMPUR
: Pengumuman Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memiliki ‘nombor’ sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat tidak membawa makna Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang kepercayaan.

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, dalam konteks undang-undang belum ada keputusan yang menyatakan bahawa kepercayaan kepada seseorang itu sekali gus menunjukkan hilang kepercayaan buat Perdana Menteri.

Jelas beliau, ianya dua perkara berbeza yang memerlukan pembuktian bahawa kedua-dua itu saling bergandingan sebelum menyatakan Perdana Menteri telah hilang kepercayaan kerana kepercayaan diberikan kepada Dato’ Seri Anwar.

Beliau yang juga penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengupas perkara itu pada Wacana Sinar Harian membawa tajuk ‘Kesan Gerak Politik Anwar Kepada Kerajaan Muhyiddin’, kelmarin.

Terang Prof Dr Shamrahayu, Perdana Menteri tidak perlu membuktikan kepercayaan dimiliki, sebaliknya pihak yang membawa sesuatu bertentangan dengan perkara nyata ketika ini yakni Dato’ Seri Anwar mesti mengemukakan bukti.

“Dari segi undang-undang, bila seseorang yang mempersoalkan perkara yang zahir itu, dalam kes ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka dia hendaklah buktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang kepercayaan dulu, sebelum dibuktikan bahawa dirinya telah diberikan kepercayaan,” jelasnya.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed dalam kupasan sama menegaskan bahawa nombor yang didakwa itu tidak boleh berdiri sendiri melainkan perlu ada isinya iaitu Ahli-ahli Parlimen terbabit.

Di mana jelasnya, pihak yang paling utama untuk mengetahuinya adalah Yang di-Pertuan Agong sebelum Baginda dapat melakukan proses pengesahan terhadap nama-nama menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Kita mungkin boleh tahu bahawa 91 daripada Pakatan Harapan. Bagaimana pula lagi 29 Ahli Parlimen tersebut? Untuk mengenal pasti 29 ini, dia boleh jadi datang daripada pelbagai parti politik. So, sekiranya diperincikan nama itu.

“Maka ia mempermudahkan proses verifikasi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk bertanya kepada nama-nama tersebut, sama ada mereka menyokong Dato’ Seri Anwar ataupun tidak.

“Tapi pada ketika ini, nombornya ada, tapi nama orang yang menyokongnya belum ada. Jadi dekat situ akan menyukarkan sedikit daripada segi proses,” ujar beliau yang juga Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM).

#Sumber :  Harakahdaily  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Kerajaan yg ada skrg agak stabil melainkan ahli politik jglah yg membuatkan sebaliknya..wahai ahli politik kamu berada disitu kerana dipilih rakyat..jgnlah kebodohan dan kedangkalan kamu dikembalikan kpd rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak faham ke pasal ekonomi, awak cakap macam tu, kalau pelabur tak datang malaysia apa akan jadi dengan malaysia, boleh ekonomi meningkat kalau tak ada pelabur, jangan penting siri sendiri, ingat anak cucu cicit awak dan juga orang susah, sekarang ni berapa ramai orang menganggur

      Padam
  2. rakyat memberi mamdat pun tidak dihargai dan dipersia2kan, agong pun telah membuat pilihan kerajaan setelah menginterview dan dipersetujui kebanyakkan pm2 parlimen pun tidak dihargai, malah dipersia2kan dan ada yang menghina konon kerajaan pintu belakang, royal coup govertment dan kerajaan tebuk atap macam2. diharapkan agong mengambil tindakkan atau keputusan tegas dalam hal ini kerana keselamatan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah diutamakan, no kompromi

    BalasPadam
  3. Cukup la berabut je PM tu..PM sekarang ni boleh di percayai..biar kan Muhyidin yasin terus jadi PM Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro jangan jadi bodohlah, PM sekarang ni nampak sangat nak hancurkan negara

      Padam
  4. Teruskan ajelah kepimpinan yg ada sampai PRU. Banyak kali tukar memberi imej yang tak elok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro Jepun tukar PM berapa kali, Jepun tambah maju, bro awak tahu tak, sehari berapa billion perompak pengkhianat ni boleh larikan duit, awak tak kesiankah dengan anak cucu cicit awak, jangan fikir diri awak sendiri

      Padam
  5. Bukti adalah jelas yg sokongan utk Muhyidin tak cukup ketika beliau mengumumkannya.. kalau tidak masakan selepas pengumuman Anwar , UMNO mula melepaskan ketidakpuasan hati pada Muhyidin sehingga memaksa Muhyidin berunding semula dgn UMNO.. Ahmad Maslan juga membayangkan yg UMNO akan tinggalkan PN jika syarat mereka tidak dipenuhi.. tapi sokongan tetap bersifat dinamik.. boleh bertukar sekelip mata.. selepas Muhyidin diangkat menjadi PM mahathir juga mengatakan beliau sudah punya cukup sokongan tapi YDPA tidak perkenan beliau utk mengadap mempersembahkan bukti sokongan itu.. jadi disini nampak jelas bahawa kalau pembangkang yg bertugas memberi bukti maka prof pula mesti menyarankan supaya pihak kerajaan pula mesti memberi ruang utk dakwaan itu dibuktikan seperti undi tidak percaya.. bukannya menidakkan ruang itu dgn bermacam helah politik yg jelas tidak adil dan sepihak.... sifatnya sama seperti memberi rasuah tapi didokumenkan sebagai komisen.. semakin tinggi ilmu maka kita semakin dituntut bercakap atas dasar kebenaran.. bukan atas dasar memihak.. kerana setelah kita mati kita akan ditanya semula bagaimana kita menggunakan ilmu itu...

    BalasPadam
  6. perempuan pun nak cari duit haram untuk bagi makan suami dan anak ke, nauzubillahi minzalik, kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat, prof bodoh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.