Header Ads

ads header

Flash News

Kematian Pablo Escobar Langkawi Kes Bunuh kata Polis



KUALA LUMPUR –
Susulan laporan khas akhbar ini bertajuk Konspirasi atau Tragedi yang disiarkan pada 4 September lalu, Bukit Aman kini mengklasifikasikan kematian tiga beranak dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di Langkawi, sebagai kes bunuh.

Untuk rekod, kebakaran yang berlaku 1 April 2019 itu mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Nahar Suhami, 39, dan Nor Suhaila Ahmad, 41 serta anak lelaki mereka, Mohd Naufal Mohd Nahar, 6.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya.

“Pada mulanya dia (kes) SDR (kematian mengejut) kemudian selepas pihak bomba memaklumkan ada unsur jenayah, kita buka kertas siasatan kepada (Seksyen) 302 (Kanun Keseksaan).

“Ia masih dalam siasatan, Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid akan ke Langkawi minggu depan.

“Ini salah satu langkah ambil untuk semak semula siasatan dahulu,” katanya.

Ditanya sudahkah pihaknya mengenalpasti pelaku dalam insiden itu, Huzir berkata, sehingga kini Polis Kontinjen Kedah belum mengenalpasti suspek.

“Sekiranya Kedah kenal pasti akan maklum kepada saya,” katanya.

Pada 4 September lalu, dalam laporan khas siri kedua Harian Metro melaporkan kematian Pablo Escobar Langkawi dalam kes kebakaran di kediamannya 1 April 2019 adalah satu misteri yang dipercayai kemungkinan terdapat unsur jenayah.

Laporan itu mendedahkan, berdasarkan siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkenaan menemui sisa petrol dalam rumah berkenaan dan ia sekali gus menolak kemungkinan kebakaran disebabkan litar pintas.

Seorang pegawai bomba yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, pegawai penyiasat sudah melengkapkan siasatan dan hasilnya juga diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk salinan kepada Ibu Pejabat JBPM di Alor Setar dan Putrajaya.

“Siasatan semua dah lengkap, serah kepada mereka untuk ambil tindakan lanjut kerana kita dapati terdapat unsur khianat, jenayah dalam kebakaran itu.

“Pasukan siasatan JBPM menemui petrol yang dibakar dan siasatan amat pasti ia bukan kerana litar pintas.

“Kita dah serah laporan kepada pasukan forensik mereka sepatutnya siasat. Kita (bomba) buat punca siasatan dan macam saya cakap tadi memang ada unsur jenayah, bomba kesan multiple fire origin termasuk penggunaan petrol di beberapa bahagian rumah itu,” katanya.

Katanya, namun dua lagi mangsa iaitu anak dan isteri lelaki itu maut akibat lemas kerana asap.

#Sumber : – myMetro Online   

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan