Header Ads

ads header

Flash News

Tunggu SOP Arab Saudi Sebelum Tetapkan Kos Umrah kata Menteri


SHAH ALAM –
Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum menetapkan kos sebenar yang akan dikenakan kepada jemaah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, buat masa ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan SOP pelaksanaan ibadah umrah dalam suasana koronavirus (Covid-19) yang belum pulih.

Beliau berkata, SOP yang dikeluarkan nanti akan menetapkan bilangan jemaah dalam penerbangan, bilangan jemaah bilik penginapan, bilangan jemaah dalam bas dan lain-lain.

Jelas Zulkifli, kos pengangkutan dan penginapan adalah antara yang dijangka mengalami perubahan.

“Jadi kita harap, agensi-agensi pengelola umrah itu dapat menunggu terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang kos kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah.

“Kerajaan juga telah mendapatkan maklum balas Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dan setakat ini, tidak ada sebarang pengumuman terbaharu berhubung hal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, kerajaan akan sentiasa berusaha mendapatkan perkembangan semasa dan terkini daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bekerjasama dengan agensi pengelola umrah bagi memudahkan pelaksanaan ibadah umrah bagi umat Islam di negara ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang kerisauan beberapa pengendali syarikat umrah berhubung kos menunaikan ibadah umrah berikutan levi pelepasan udara ke luar negara yang dijangka meningkat sebanyak 25 peratus.

Susulan itu, rata-rata pengendali syarikat umrah dilaporkan mungkin akan menaikkan harga pakej umrah kepada pelanggan antara 20 ke 30 peratus berikutan peningkatan kos levi serta caj lain yang bakal dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

#Sumber : – Sinar Harian    

MR :  Lihat SOP dan lain-lain kos  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan