Keputusan Muhyiddin pendek akal, pentingkan diri sendiri kata Anwar
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk menimbang semula keputusan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat seperti yang dilaporkan agensi-agensi berita ketika ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, keputusan tersebut sebagai pendek akal dan mementingkan diri sendiri.
Melalui langkah itu kata Anwar, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara.
“Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani Covid-19 dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.
“Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini.
“Tetapi apa yang terpamer adalah kerajaan merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ini desas desus mendakwa kerajaan akan melaksanakan perintah
darurat berikutan wabak Covid-19 semakin meningkat akhir-akhir ini.
Perkara itu dikuatkan lagi apabila Muhyiddin dilaporkan telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi.
Dakwaan mengatakan, langkah tersebut diambil kerana Muhyiddin bimbang
pembentangan belanjawan 2021 pada November ini, berpotensi untuk tidak
mendapat sokongan majoriti sekaligus menunjukkan kedudukan sebenar
kerajaan Muhyiddin.
Sekiranya usul bajet ditolak, Muhyiddin perlu akur dan wajib menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen agar pilihanraya dapat diadakan.
Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perisytiharan darurat kebiasaannya hanya akan dilakukan apabila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.
Namun apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata satu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.
Justeru beliau menasihatkan agar sebaiknya Muhyiddin berdepan dengan wabak Covid-19 secara telus, bertanggungjawab dan mengikut dasar negara yang jelas.
“Kerajaan telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” katanya lagi.MR : Yang engkau kata ada 120 tu bukan tak ada akal, pentingkan tembolak sendiri?
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
BalasPadammenuduh orang pendek akal, pentingkan diri sendiri yang ko buat tu tak pendek akal dan pentingkan diri sendiri ke, ko tak sedar ke yang ko ni gila kuasa, ko masa ph memerentah diam diri sumbang pun tak, pada kerajaan sekarang pun ko tak sumbang melainkan menghuru-harakan negara, mambuat nagara tak stabil dan tak pun bantu mencekang wabak covid, politik apa yang ko nak main ni
Mabuk ketum ke ko ni.. ke ko yg pendek akal.. Anwar takde pun dalam kabinet masa PH memerintah.. masa tu Mahathir yg buat semua keputusan sbb dia PM.. dan ko mesti tau yg Mahathir ngan Anwar tak sehaluan.. masakan Mahathir nak menbenarkan Anwar mengganggu kerajaan dia.. sbb tu dia diam diri.. sekarang ni kerajaan PH dah takde.. Mahathir dan Anwar pun dah membawa haluan masing2.. jadi inilah masa dia nak berbunyi pasal dia dah tak terikat dgn gabungan PH.. buat ape dia nak sumbang ape2 kat kerajaan sekarang? Bukan kerajaan dia pun.. dulu waktu PH memerintah ade ke UMNO ngan PAS sumbang ape2? diorang pun byk menghuru harakan negara.. membuat politik tak stabil.. sape yg mula2 buat negara tak stabil? Baik2 PH memerintah dibawah mandat rakyat sibuk gila kuasa nak memerintah jugak cara tebuk atap.. lepas tak pandai memerintah nak salahkan Anwar plak.. dia tak gila kuasa.. dia tak pentingkan diri sendiri.. dia cuma nak dapatkan hak dia balik.. politik ape plak PN nak main ni..
PadamAnwar nak hak dia. Hak apa ? Jadi PM ? Nak jadi PM kena ada cukup sokongan. Tak de sokongan tak de hak..kawan.
PadamSakit hati tak jadi angkat sumpah jadi PN
PadamAnuar sebenarnya yang pentingkan diri
PadamMuhidyin orang ada tanggung jawab pada rakyat dan negara
ko cakap anwar takde pun dalam kabinet masa PH memerintah KO banyak tahu tentang dia, cuba buat cacatan apa yang dia buat semasa itu, tulis jangan tak tulis, ko nak minum ketum ke tak semasa menulis, tu hak ko
PadamPernah ku dengar nama Anwar ni. Dimana ya ?
BalasPadamAku tak tahu berapa ramai yg percaya kata2 seekor jin ni..
BalasPadamNegara dilanda wabak dia sibuk nk brpolitik lg..biar lah pandemic ni reda atau hlang dlu...pntingkn rakyat dlu bukan kedudukan macam mana nak rakyat sokong time macam ni pon kalut nk jadi pm..tengak sabah apa jadi baru prn ja bkn pru lg..hbis 1malaysia kna klau pru
BalasPadamYang betul2 berpolitik hang tak tau,prn Sabah siapa punca,Kedah tukar kerajaan siapa punca n lain2 ngeri....?????
PadamMacai penjilat,hahaha ada LG yg,boleh percaya cakap dia ni..adoooii
BalasPadamMaka itu dengan jelas lah siapa yang pentingkan diri sendiri sebenarnya..terucapnya kenyataan itu menunjukkan dia sendiri sedia maklum situasi negara berhadapan pendemik ini..jadi dalam beberapa minggu lepas dia kesana sini,adakan sidang media,menghadap YDPA..hinggakan pihak berkuasa bimbang para penyokong datang berhimpun...disini tahulah kita dia juga pentingkan diri sendiri kerana meneruskan perebutan itu walhal dia sedar situasi wabak makin teruk..jika benar demi "selamatkan" negara pasti dia tidak lakukan hal2 yang menambahkan lagi dampak buruk negara..jika kepentingan diri yang dikejar dan pulihkan negara jadi keutamaan...apakah salah kiranya para ketua2 parti bersama berganding kepakaran berkongsi kecerdasan idea hentikan kemelut yang terjadi..itukan lebih menonjolkan lagi kepemimpinan anda semua..
BalasPadamAnwar better masuk pondok, belajar agama semula. Uzlah dulu.
BalasPadamJenis peliwat mengigau nk jadi PM
BalasPadamSo terbukti la abah cow xde majoriti. Tu blm kira mp yg bakal ponteng parlimen lg.
BalasPadamAnwar ada hak tapi malang terlalu banyak kontroversi
BalasPadamSape yg nk pinjam Dr IMF dulu masa krisis ekonomi Lau bkn Anwar yg tak berakal pendek ni,
BalasPadam