Tiada perutusan secara langsung dari PM malam ini kata sumber
Media diberitahu bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini.
Ia selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan "darurat".
Bagaimanapun tidak jelas sama ada perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu malam ini.
Malaysiakini difahamkan pihak Istana juga dijangka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan malam ini.
Terdahulu, Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddn hari ini dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.
Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.
Bagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber berkata perintah itu perlu dipakejkan semula agar tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.
Di sebelah petang, Muhyiddin ke Istana Abdulaziz di Kuantan bagi mengadap Sultan Abdullah, dipercayai berkenaan perkara itu.
Berita "darurat" itu mengundang bantahan pembangkang, antaranya oleh bekas menteri kesihatan Dr Duzlkefly Ahmad yang berkata usaha mengekang Covid-19 tidak memerlukan darurat.
Presiden PKR Anwar Ibrahim pula mengadaikan menyifatkan ia memungkinkan negara ke arah kediktatoran, dan kerajaan mahu menjadikan wabak itu sebagai alasan menyekat proses Parlimen.
MR : Tapi Anwar dan ulas panjang lebar pasal darurat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Keputusan dah ade dah dalam fikiran YDPA dan Muhyidin.. cuma nak bagi lambat sikit umumkan supaya nampak macam YDPA perlukan masa utk berfikir.. kesian kerajaan PN ni.. dah lah masa tertubuh dulu guna cara tebuk atap... nak mempertahankan pun guna cara tebuk atap.. dah tak tau nak pikir dah ni cara melayu ke cara Islam.. huhu.. ke cara DAP.. huhu.. kalau YDPA isytihar jugak darurat maka hamba sarankan bagus YDPA yg memerintah.. dah isytihar juga yg malaysia ni dah takde pilihanraya... kita guna sistem pemerintahan Agong plak.. sultan2 dan raja2 jadi menteri.. TM pula jadi timbalan menteri.. ahli politik semua ni pun dipecat dari menjadi ahli parlimen dan diperintahkan bersara.. masa ni YDPA boleh memilih kabinet 100% melayu sbb raja pun raja melayu.. nak perintah ikut kuku besi pun takdak orang nak marah dah.. melayu mesti support punya.. baru melayu dapat bersatu sbb Mahathir, Anwar, Muhyidin, LKS, Jemin, Muhyidin, Hadi, Zahid, Najib, Kuli semua dah tak dak dah.. baru cenggini Tuanku..
BalasPadam