Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH Selangor tiada pelan penyelesaian masalah bekalan air, hanya pandai ‘reaksi’


PETALING JAYA:
Pemimpin pembangkang hari ini membidas kerajaan Selangor yang menurutnya tiada pelan penyelesaian masalah bekalan air di negeri ituselepas insiden sama berulang.

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Amirudin Shari hanya pandai mengambil tindakan “reaction” setiap kali gangguan air berlaku di negeri itu, bukannya memikirkan penyelesaian jangka panjang dengan melaksanakan pelan tersusun.

“Saya ingin bertanya kepada menteri besar Selangor yang juga merupakan pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, adakah anda sedia maklum masalah air di Selangor ini adalah masalah kritikal rakyat?

“Sehingga kini masih tiada pelan atau ‘blueprint’ dalam penyelesaian masalah air di Selangor.

Rizam Ismail.

“…hanya tindakan ‘reaction’ sahaja yang mampu dilakukan.

“Datang masalah, baru fikirkan cara penyelesaian. Jika tidak mampu untuk fikirkan penyelesaian, saya sarankan menteri besar lepaskan jawatan dan berikan kepada orang yang mempunyai idea dan solusi, bukan hanya mampu bertindak secara ‘reaction’ sahaja dalam menyelesaikan masalah,” katanya dalam kenyataan.

Rizam turut mempersoalkan tindakan exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han yang gagal mengawal selia kilang yang beroperasi di Selangor sehingga terlalu banyak kes pencemaran air berpunca daripada kilang tidak bertanggungjawab.

“Apakah beliau tidak belajar daripada kesilapan yang lepas? Rakyat sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan masalah air yang tiada kesudahan ini.

“Justeru, saya desak agar kerajaan negeri Selangor bertindak secara agresif dalam menyelesaikan masalah air ini yang sudah sekian lama tidak diselesaikan.

“Jangan sampai rakyat perlu menagih dan melutut kepada anda agar masalah mereka ini dapat diselesaikan. Rakyat Selangor adalah tanggungjawab anda,” katanya.

Terbaharu lebih 300,000 penduduk mengalami gangguan bekalan air melibatkan 4 wilayah di Selangor susulan penutupan loji rawatan air (LRA) kerana pencemaran sungai.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataanya hari ini memaklumkan, penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi menyebabkan 274 kawasan terjejas di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji ini.

“Henti tugas loji ini akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah, iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Pada 3 September lalu, 7 wilayah membabitkan 1,292 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Henti tugas itu susulan insiden pencemaran air mentah disyaki berpunca dari premis perindustrian di kawasan Sungai Gong yang melakukan pelepasan berbau seakan pelarut ke dalam sungai.

#Sumber : FMT   

MR :  Pandai cakap, pandai tuduh, pandai manipulasi.. hanya tak pandai tolong rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan