Header Ads

Header ADS

Tak bertangggungjawab jika PRN Sarawak tahun ini kata NGO


Satu keputusan yang tidak bertanggungjawab jika pilihan raya negeri (PRN) Sarawak diadakan tahun ini, ketika negara sedang berhadapan peningkatan kes Covid-19.

Ini kerana, kata sebuah NGO prodemokrasi akan menyebabkan ramai yang tidak  berpeluang melaksanakan hak mengundi.

Menurut kumpulan advokasi dari Sarawak, Rise of Social Efforts (Rose) PRN Sabah baru-baru ini menunjukkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

PRN Sabah yang berakhir pada 26 September menyaksikan jumlah keluar mengundi sebanyak 66.28 peratus, iaitu menurun dari 77.53 peratus sewaktu PRU 2018.

“Jika pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi atau sebelum gelombang ketiga (Covid-19) melanda, rakyat tidak akan merasa selamat untuk keluar mengundi atau bagi mereka yang menetap dan bekerja di Semenanjung, Sabah atau di luar negara, pulang ke untuk mengundi.

"Pilihan raya dalam waktu terdekat juga akan menyekat golongan muda yang bekerja atau belajar di Semenanjung untuk mengundi. Ini sekiranya reformasi undi pos tidak dilaksanakan dengan segera oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan mereka mengundi di tempat mereka tinggal," kata Presidennya, Ann Teo pada satu kenyataan.

Mandat baru berakhir Jun 2021

Malaysia terus mencatat kes rekod tertinggi harian Covid-19 selama tiga hari berturut-turut, dengan jumlah jangkitan baru sebanyak 293 kes. Semalam 317 kes baru direkod, manakala kelmarin 287 kes baru yang menjadikan rekod kes harian tertinggi sejak wabak melanda negara.

Pertambahan kes baru dikesan mulai naik mendadak pada 1 Oktober apabila terdapat 260 kes baru, kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Sebahagian NGO ROSE dengan BERSIH

“Oleh itu, ketika negara sedang dilanda wabak ini, ia sangat tidak bertanggungjawab mengadakan PRN Sarawak sekarang atau sebelum berakhir tahun ini, sekiranya ia dapat dihindari.

"Kerajaan negeri yang berkuasa masih mempunyai waktu sehingga Jun 2021 untuk mendapatkan mandat baru.

“Lebih baik sekiranya memastikan negara dapat melandaikan keluk (Covid-19) terlebih dahulu sebelum mengadakan pilihan raya negeri," kata Teo.

Terdahulu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abang Johari Openg membayangkan bahawa negeri Sarawak bakal mengadakan pilihan raya negeri “bila-bila masa dari sekarang.”

Abang Johari yang juga merupakan ketua menteri negeri itu memberitahu perwakilan partinya setelah melengkapkan tiga pusingan bagi konvensyen PBB.

Dalam pada itu, Teo turut mendesak supaya SPR untuk menyegerakan proses reformasi undi pos bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

Teo berkata rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang berkerja luar menghadapi banyak cabaran ketika pilihan raya, apatah lagi ketika wabak Covid-19 sedang melanda.

"Selain dari kos perjalanan yang tinggi dan memakan masa yang lama, (pada waktu ini) sebarang perjalanan akan merisikokan keselamatan dan kesihatan bagi pengundi yang pulang ke Sarawak untuk mengundi.

"Pencegahan atau penghalang lain adalah kemungkinan menjalani tempoh kuarantin selepas pulang,” katanya.



#Sumber :     

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.