Header Ads

ads header

Flash News

Khabib umum bersara selepas kekal kejuaraan UFC - “Saya telah berjanji dengan ibu...”


KHABIB
Nurmagomedov mengumumkan kejutan apabila bersara daripada sukan MMA, selepas mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.

Memberikan ucapan susulan kemenangan pusingan kedua dalam acara utama UFC 254, Khabib mengumumkan berita persaraan tersebut secara langsung.

Pemain Rusia berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwah bapanya, Abdulmanap.

Bapanya meninggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompikasi kesihatan akibat Covid-19.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad waktu tempatan, pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat 'takedown', merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.

Menurut Khabib, beliau telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarungan terakhirnya.

"Hari ini saya mahu katakan adalah hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.

"Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

"Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya," katanya.

Juara bertahan lightweight UFC itu mempunyai rekod dengan 29 kemenangan tanpa kalah.

#Sumber :  - Mail Online

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dahulukan ibu daripada kerjaya. Contoh anak yang soleh.

    BalasPadam
  2. link video khabib yang tiada takdingan


    https://youtu.be/duxry6dnHLM

    BalasPadam