Header Ads

Header ADS

Tuduhan 'darurat' menjurus diktator adalah melulu kata Azmin


Dakwaan pembangkang bahawa negara menjurus ke arah pemerintahan diktator sekiranya darurat ekonomi diisytiharkan adalah tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab oleh ahli parlimen, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata sebalik berdiri bersama kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi, pemimpin pembangkang memilih untuk menyemai rasa takut dan kebencian rakyat terhadap usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menjamin kesihatan, keselamatan awam serta pemulihan ekonomi.

Mohamed Azmin, yang juga menteri kanan merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata adalah wajar dan tepat bagi semua pihak bersatu di belakang usaha mengurangkan pandemik dan melandaikan lengkungan Covid-19 di samping memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi.

“Biar kita jelas. Musuh sebenar kita adalah Covid-19 dan kita harus menghargai pengorbanan dan usaha barisan hadapan yang bekerja keras siang dan malam dan masih terus melakukannya untuk memerangi virus maut ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membawa negara ke arah pemerintahan diktator berhubung ura-ura kerajaan PN memohon untuk melaksanakan langkah-langkah darurat.

Mohamed Azmin berkata pandemik telah bertambah buruk dengan kes melonjak ke tahap membimbangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia dan kerajaan sedang berusaha keras untuk menangani cabaran baru itu.

Katanya, sejak lonjakan kes yang luar biasa dengan permulaan gelombang ketiga, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat pada setiap hari sejak 24 hari lalu.

“Bersama pakar kesihatan, angkatan tentera dan anggota keselamatan dalaman serta penasihat ekonomi, perdana menteri memberikan kepemimpinan yang tegas sambil secara aktif mempertimbangkan bukan sahaja tindakan jangka pendek tetapi pertengahan dan jangka panjang bagi menangani krisis secara holistik.

“Tidak boleh ditekankan bahawa tindakan balas dan pencegahan kita harus melampaui isu-isu kesihatan dan ekonomi untuk memasukkan persoalan kawalan sempadan dan menjaga keselamatan wilayah kita.

“Kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksana semua aktiviti pemantauan secara berkesan,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, agensi berkenaan mesti diberi kuasa melalui proses perlembagaan untuk melaksanakan tindakan pantas terhadap semua ancaman termasuk pendatang asing tanpa izin yang berisiko tinggi menyebarkan Covid-19 atau penyakit berjangkit lain.

Oleh itu, beliau menggesa semua pemimpin politik untuk mengetepikan ideologi politik masing-masing dan kepentingan diri demi kebaikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

#Sumber :  - Bernama

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Jgn tegakkan benang basah Jemin..sebahagian rakyat nampak jelas bagaimana PN memerintah dari hari pertama.. hak pembangkang diabaikan.. suruh parlimen bersidang utk sahkan sokongan cukup utk PN pun tak berani buat.. buat sidang parlimen pun tak nak konon bimbang covid19.. berkempen kat Sabah berhari2 boleh pulak.. yg terbaru ni Kuli dan Pejuang usulkan undi tak percaya tapi speaker dah awal2 menolak.. semua tindakan PN dilaksana secara halus supaya tak nampak diktator sgt.. lepas tu membelakangkan parlimen plak.. tu belum lagi kalau ishtihar darurat.. lagi lemak naik.. lagi lupa diri.. lagi jadi diktator.. tu pun kau lagi nak cakap pembangkang tuduh melulu.. kalau pihak lain mungkin aku percaya yg darurat takkan jadi diktator.. tapi kalau geng Jemin, Bersatu dan PAS bergabung confirm akan jadi diktator sbb perangai kepala sekor2 memang tak makan saman.. semua dia betul.. orang lain semua salah.. dah macam yahudi punye perangai.. aku percaya nanti kalau isthiar darurat maka kau akan cipta kes supaya Anwar,LGE, Mat Sabu, Zahid, Najib, Khalid Samad, Mahathir ditangkap tanpa bicara.. terutamanya Anwar sbb kau ade dendam peribadi.. kau cipta suasana ketakutan dalam lanskap politik malaysia sehingga kau yakin kau boleh menang pilihanraya.. lagi satu kalau kerajaan kau runtuh sekarang kau tak dapat pencen.. haha.. rugi beb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm orang tak kan sokong peju wang.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.