Header Ads

Header ADS

Khalid Samad Kata 30 dari Umno sokong Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas, termasuk 30 ahli parlimen Umno, ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Khalid, satu-satunya pemimpin AMANAH yang berada dalam sidang media Anwar selepas menghadap Agong berkata, jumlah sokongan yang dimiliki oleh Anwar adalah kombinasi sokongan PKR (39), DAP (42), AMANAH (11) dan 30 daripada Umno.

“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili AMANAH dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.

“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD. Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam wawancara dengan tv internet Jom Channel malam tadi.

Dari jumlah itu sahaja, Anwar sudah mendapat 122 MP tidak termasuk ahli parlimen bebas yang lain yang memberikan SD kepada Anwar, kata Khalid menjelaskan dari mana Anwar mendapat sokongan itu.

JANGKAAN BERBEZA


Khalid mengaku, ramai yang kecewa dengan sidang media Anwar baru-baru ini kerana jangkaan mereka berbeza dengan apa yang dimaklumkan Anwar dalam sidang media itu.

“Ramai tak faham kerana isu ini sangat complicated dan anggap Anwar akan umum penubuhan kerajaan selepas menghadap Agong.

“Apa yang sepatutnya dibuat untuk memudahkan keadaan adalah Muhyiddin kena letak jawatan selepas tahu dia sudah hilang majoriti sebagaimana yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini selepas tahu dia sudah hilang majoriti apabila Bersatu keluar dari PH,” katanya.

Menurut Khalid juga, apa yang dianggap orang ramai ketika Anwar menghadap Yang Dipertuan Agong adalah Anwar akan membawa SD (akuan berkanun) semua ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau.

“Tetapi kalau Anwar bawa SD sekalipun, Agong tetap perlu perincian dan siasatan. Betul atau tidak.

“Yang ada semalam adalah surat (dari ketua-ketua parti) yang sememangnya tidak akan berakhir pada hari semalam. Ia perlu disiasat dan ditemuramah.

“Selepas itu, maka Yang Dipertuan Agong akan berjumpa dengan ketua-ketua parti ini untuk disahkan apakah surat itu benar atau tidak,” katanya.

Yang Dipertuan Agong dijadualkan bertemu dengan ketua-ketua parti selepas Anwar mempersembahkan bukti beliau mempunyai sokongan itu.

Namun, semua pertemuan dengan ketua-ketua parti telah ditangguhkan oleh pihak istana.

MR :  Khalid Samad ni laju daripada Anwar, nak bodek apa? Makna 9 tak setuju dengan Anwar. UMNO, Anwar dan DAP akan berpeluk?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Mat lid ni dah jilat balik ludah ke...dulu ratib siang malam tebuk atap,dinding,pintu belakang,khianat dan sebagainya..sekarang sembang kari 30 mp umno sokong...mp mana yang bodoh tu Lid oiiii...apa puak hancing tak wirid kepada umno..perompak,penyamun,perasuah...nak buru untung seguni tapi akan akan rugi berkarung karung..mp umno bukan bodoh nak join kluster kencing hancing kamu

    BalasPadam
  2. Semua org politik memang bijak menipu je patut kau semua dh boleh bersara mengabis kn duit rakyat byr gaji beribu ribu semua gila kuasa gila duit cuba gaji kau 5 k nk ke bila kalah lompat sana lompat sini ni lh pengkhianat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mmg betul. Akhir zaman Nabi pesan awal2 org akan berebut nak jawatan sbb sebalik tu kuasa & duit. Sedangkan perkara tu yg akan dipertanggungjawab (disiasat, disoal) di hadapan Allah. (hadis sohih bukhari- confirm mmg sahih Rasulluah yg pesan/cakap)

      Tanggungjawab = tanggung di dunia, jawab di akhirat

      Padam
  3. kehulu kehilir berteriak pasal list kononnya sudah cukup majoriti tapi tunjuk pun tidak, last2 bila mengadap agong list tertinggal kat jamban, teringat khalid ada sebut 'perhal orang tak centre'.
































































































    BalasPadam
  4. ANWAR dah GILA kerana disangka tengku azizah di istana itu ialah wan azizah dan terkena sumpah LAKNAT SAIFUL BAHARI SERTA GILA MAIN NOMBOR EKOR..oleh itu tidak perlu layan ORANG GILA kerana kita pun jadi GILA.Apatah lagi JELAS CIRI2 MUNAFIKUNnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sememangnya DSAI,TUn Mahathir,Mat Sabu dan segelintir ahli politik lompat dah gila kuasa diatas KESILAPAN lalu mereka ....tidur mereka2 itu penuh dengan MIMPI TRAGIS...dosa2 yang lalu sedang MENGHIMPIT ke liang Lahat mereka...AZAB KUBUR TU BENAR...bagi yang mahu berfikir...😁

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.