Header Ads

ads header

Flash News

PAS minta semua pihak beri sokongan padu kepada kerajaan Baginda


PAS hari ini menggesa parti-parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri memberi sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan kerajaan persekutuan itu befungsi dengan baik dan efektif.


Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana gabungan kerajaan itu telah diberikan amanah oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan Baginda atau His Majesty’s Government.

“Jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN, GPS, PAS dan GRS mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,” katanya.



Dalam mukadimahnya, Takiyuddin berkata, PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Seri Paduka dalam menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan negara.

“PAS yakin Baginda telahbertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budibicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan atau constitutional monarchy,” katanya.

Kenyataan Takiyuddin dikeluarkan selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengahadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu dan setelah biro politik Umno bersetuju untuk mempertimbangkan semula hubungan parti itu dengan PN.

Anwar mendakwa bahawa dia telah mempersembahkan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada dirinya bagi membentuk kerajaan baru tetapi pihak Istana Negara pula memaklumkan ketua pembangkang itu tidak mengemukakan senarai nama mereka.



Pada petang Selasa lalu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan membuat kejutan dengan berkata Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional.

Katanya, parti itu akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Namun, pendirian biro politik Umno itu belum muktamad kerana perkara nerkenaan masih perlu mendapat persetujuan majlis tertinggi parti.    



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



4 ulasan:

  1. Apedaaa PAS..kalau macam tu baik ko pegi cadang kat majlis raja2 tak payah adakan pilihanraya lagi.. buang masa.. buang duit.. bagi je majlis raja2 pilih pemimpin yg sealiran dgn majlis raja2 dan bentuk kerajaan.. kalau tak pun biar raja je memerintah.. lepas tu balik2 ko nak kaitkan dgm covid.. mane2 kerajaan yg memerintah akan guna segala daya utk mengawal pandemik ni.. jg kau ingat kau je yg ade wawasan tu.. nak berpolitik dgn orang kpg bolehlah.. kau kene ingat kau dalam PN utk cukupkan korum je.. dan yg paling penting nanti kalau tiba2 YDPA melantik Anwar atau Kuli sebagai PM baru aku tak rasa kau akan cakap YDPA dah buat pilihan bijak.. pilihan bijak bagi kau adalah pilihan yg memihak anak tekak kau je.. huhu..

    BalasPadam
  2. Ulasan bodoh machai PH memang gitu.Sondol selagi boleh makan rasuah seperti orang kanan Mat sabu

    BalasPadam
  3. Sakit pedih geng komunis dan ltte semakin parah,,usaha sedang d laksanakan untuk tumbangkan pn,,,meracun akal fikiran umno bingai paling mudah skrg,,parti yg berasakn rakyat masih suka nak tunjuk ego itulah umno

    BalasPadam
  4. So hudud sm ruu355 apa citer?

    BalasPadam