Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?


Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti.

Menurut sumber, permintaan itu dan beberapa perminataan lain dikemukakan kepada Muhyiddin oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu sidang maya (teleconference).

Biro Politik UMNO dikatakan mahu semua pelantikan kabinet mewakili UMNO mengambil kira hirarki dalam parti.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin agak kecewa dengan permintaan tersebut dan masih menilai pilihan-pilihan yang ada dalam memastikan pentadbiran beliau kekal stabil sehingga pertengahan tahun depan,” kata sumber terbabit.

Biro Politik UMNO sebelum ini mengumumkan untuk mempertimbangkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan terma-terma baharu.

Sekiranya dakwaan ini benar, Muhyiddin perlu menggugurkan empat orang menteri UMNO seperti Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.

Selain permintaan tersebut ada beberapa permintaan lain yang enggan didedahkan oleh sumber kami buat masa ini.

Setakat ini SuaraTV belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pemimpin UMNO.

#Sumber :   Suara.tv 

MR :  Nampaknya UMNO sedang bermain api  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Dah penat kena buli.

    BalasPadam
  2. Menurut Sumber.....siapakah sumbernya... Mkini...Astro Awatni...perencah yg menyedapkan cerita...akhirnya bila tak berlaku...senyap sunyi...sebab apa..menurut sumber....

    BalasPadam
  3. Bersatu yg ade kedudukan dalam parti semua diberi kedudukan tinggi dalam kerajaan.. UMNO plak tak dibaginya.. nampak sgt nak membuli.. haha.. kali ni kalau betul sumber ni Muhyidin takde pilihan.. kene bagi.. kalau tak UMNO akan berpaling.. yg kat Sabah pun berpaling... akhirnya 2 minggu je Bersatu dapat perintah Sabah.. haha.. mesti angin Hajiji.. mau dirotannya Muhyidin ni.. haha.. sekarang ni kalau semua nak tau semua pemimpin yg ada tu sedang berperang dgn majlis raja2.. majlis raja2 nampak jelas berpolitik dan memihak dan melengahkan peralihan kuasa bagi memberi ruang buat Muhyidin PM pilihan utk membuat sesuatu bagi mendapatkan sokongan kembali.. huhu.. masa Mahathir dulu tak nyempat2 nak lantik Muhyidin.. padahal sekarang ni dah jelas Muhyidin tak cukup sokongan.. ni tak boleh dibiarkan.. menghancurkan demokrasi dan kuasa rakyat.. patutlah nama2 besar Anwar, Mahathir, Zahid, Najib, Kuli terpaksa bertindak..

    BalasPadam
  4. tunM dah letak jawatan. YDPA perlu lantik PM baru. Sekarang Ada PM, YDPA perlu bertindak mengikut nasihat PM. Kalau dulu tunM tak letak jawatan, jangan harap MY dapat jadi PM. Malay, YDPA dah mintak tunM jangan letak jawatan.

    BalasPadam
  5. Minda rakyat kena tukar nama jadi minda midin. artikel tak abis2 nak jilat si midin. hampehhhhh

    BalasPadam
  6. kena jilat PH, jilat perasuah baru ok.Orang kanan mat sabu makan rasuah,baru 22 bulan jadi kerajaan.Cibuk tudung orang penyamun,perompak,kleptokrasi bagai...

    BalasPadam