Header Ads

Header ADS

Muhyiddin dan 2 Pimpinan Utama UMNO berunding malam tadi


Pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua orang pimpinan UMNO telah diadakan malam tadi.

Ia melibatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai rundingan dan pertimbangan UMNO untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun menurut sumber, butiran lanjut belum didedahkan kepada biro politik yang lain, namun sudah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hasil rundingan itu juga difahamkan akan dibawa dalam majlis mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Sabtu ini yang akan dibuat secara dalam talian.

“Selepas daripada itu, baru hasil keputusan dari rundingan itu akan dimaklumkan kepada umum,” katanya.

#Sumber :  – UTUSAN ONLINE  

MR :   Kalau selesai nampaknya Anwar dikecewakan lagi 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Nasi jadi hangit, bila yang menang jadi arang...yang kalah jadi abu...jangan salahkan lain bila yang dikejar tidak dapat...yang dikendong berciciran....sedarlah wahai umno...kamu kalah pru 14 kerana perspeksi pakatan hancing jadi jangan kamu fikir bang non dan kluster PH akan menongkat kamu seperti PAS...jangan kamu fikir pkr dan dap akan ikut kepala kamu....

    BalasPadam
  2. Kenapa perlu kaitkan UMNO dengan Anwar....Kenapa tidak kaitkan pengkhianatan Muhyidin kepada UMNO yg sedia menyokong beliau...Nampaknya yg komen pun 2 X 5 suka kepada spekulasi bagi menampakkan ketidakjujuran 1 pihak...

    BalasPadam
  3. Aku ..asalkan agamaku terpelihara dan dimuliakan, bangsaku dijaga..cukup. Kalau korang nk pemimpin korang saja terbela, agama korang dihina..itu korang jwp dpn Allah.

    Aku lebih gembira bila mereka lari dr bekerjasama dgn kapir drp mereka benci sesama Islam (kisah lalu) paihtu ingin bekerjasama dgn kapir...Rakyat Islam/Melayu jg yg terinaya.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.