Header Ads

ads header

Flash News

Kit Siang cuba bunuh kreator Khairuddin dengan hantar notis rujuk kepada JK Parlimen kerana langgar SOP kuarantin 14 hari


PETALING JAYA:
Veteran DAP Lim Kit Siang memaklumkan beliau menghantar notis kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa melanggar prosdur operasi standard (SOP) Covid-19.

Lim berkata, Khairuddin dilihat hadir ke sesi persidangan Dewan Rakyat pada 13, 14 dan 16 Julai lalu sedangkan beliau pada ketika itu sepatutnya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas melawat ke Turki pada 7 Julai.

“Adakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membentangkan usul (berhubung) perkara ini atau adakah Muhyiddin akan terus dipegang sebagai tebusan oleh Khairuddin, menteri serta timbalan menteri daripada PAS.

“Ini memandangkan kerajaan Muhyiddin akan tumbang jika PAS menarik sokongan.

“Terutamanya dalam masa Umno sedang mempertimbangkan untuk menarik semula sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahukan suatu tawaran baru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Peguam Negara Idris Harun dilaporkan berkata, pejabatnya sedang meneliti kertas siasatan membabitkan Khairuddin yang sebelum ini ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Beliau berkata, selepas itu barulah keputusan akan dibuat.

Dalam pada itu, Khairuddin secara terbuka meminta peguam negara mengumumkan hasil siasatan kes melanggar arahan kuarantin wajib terhadap beliau.

Katanya sehingga kini beliau belum menerima maklumat berhubung perkembangan terkini kes tersebut.

Ogos lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan turut memaklumkan sudah mengenakan kompaun RM1,000 ke atas Khairuddin yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS selepas gagal mematuhi SOP kuarantin wajib.

Beliau membayar kompaun itu.

Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), semua individu yang baru tiba dari luar negara, sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Lim berkata, adalah menyedihkan apabila melihat kertas siasatan membabitkan Khairuddin dilayan seperti “bulu tangkis”, “dilempar” antara polis dan pejabat pendakwa rayaberulang kali.

Menurutnya, keadaan itu tidak membantu usaha untuk membaik pulih imej polis.

“Jika polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka bagi membolehkan bahagian pendakwaan pejabat pendakwa raya membuat keputusan, bagaimanakah rakyat hendak percaya dan yakin dengan kebolehan polis menyelesaikan kes lebih rumit?” soalnya.

Katanya lagi, Muhyiddin sendiri mengambil masa selama seminggu sebelum memberikan komen mengenai kesalahan Khairuddin dengan berkata, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

“Adakah beliau tidak peduli bahawa tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas kes Khairuddin walaupun 3 bulan sudah berlalu sejak beliau melanggar SOP kuarantin Covid-19 pada 7 Julai lalu,” katanya.

Khairuddin sebelum ini berdepan kritikan banyak pihak, termasuk desakan supaya beliau meletakkan jawatan kerana kegagalannya mematuhi arahan kuarantin wajib bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

#Sumber :  FMT  

MR :  Itu cara supaya drp isu kecil menjadi besar dan diulang-ulang sehingga PRU-15  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Halo, kan ke kes ni dah sampai Peguam Negara, apa nak lagi ? Apa Lagi DAP mahu. Kata respek d law le bagai.

    BalasPadam