Lelaki ditahan curi 82 tuhan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan pada Khamis selepas disyaki terlibat dalam kes curi patung berhala di beberapa kawasan di ibu kota.
Menurut
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed
Zon, suspek berusia 44 tahun itu ditahan susulan laporan kecurian patung
berhala bernilai RM3,000 di Kampung Baru Salak Selatan.
"Suspek ditahan di Jalan Gombak, Wangsa Maju dan pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Batu 5, Jalan Gombak mendapati sebanyak 82 patung berhala dan peralatan untuk sembahyang ditemui.
"Suspek yang bekerja sebagai mekanik mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah dan dua rekod jenayah lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Suspek direman selama empat hari bermula Jumaat.
"Dengan penahanan suspek, dipercayai beberapa kes yang dilaporkan berkaitan kecurian patung berhala di kawasan sekitar berjaya diselesaikan.
"Siasatan lanjut mengenai motif kejadian sedang dijalankan," jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
MR : Dia curi kalau tak jual dia boleh menyebab minta bantuan
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Teringat kisah Nabi Ibrahim AS memecahkan berhala dan meletakkan kapak pada berhala yang paling besar. Nabi Ibrahim sangat bijaksana menyampaikan pengajarannya kepada orang mahu berfikir tetapi kaum kafir tetap buta, pekak dan dungu.
BalasPadamSesungguhnya beruntunglah manusia yang mendapat hidayah dari Allah.
Sbb tu hingga kini Allah bagi peluang.. Allah senang je nak hapuskan kafir tapi sengaja Allah biarkan.. biar umat Islam berdakwah tanpa jemu dan putus asa.. pahala pun dapat.. rasa susah macam nabi2 pernah lalui.. ni orang2 melayu Islam tau kecam orang kafir je.. bila disuruh berdakwah malas.. nasib baik nabi2 tak berperangai macam stgh puak2 melayu Islam tau nak keje senang je.. mengecam dan melabel.. kalau tak dah lama Islam ni pupus.. huhu..
Padamsama lah mcm engkau melabelkan org je tau..haha
Padammcm tepuk air dlm dulang..hahaha
NOMBOR2 itu Sinonim dengan nombor2 ANWAR...I HAVE NUMBERSSS
BalasPadamtuhan pun boleh kene curi....hahaha..
BalasPadamxmelawan pulak tuhan dia...hahahahaha