Header Ads

Header ADS

205 sekolah di Sabah ditutup 14 hari


Sebanyak 205 sekolah di Sabah ditutup selama 14 hari ekoran penularan wabak Covid-19 di negeri itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya.

Penutupan itu membabitkan lima kawasan iaitu Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Kinabatangan.

"205 sekolah di bebarapa kawasan di Sabah ditutup sekurang-kurangnya 14 hari.

"Hingga setakat ini sekolah yang ditutup adalah kawasan Semporna (50), Lahad Datu (53), Tawau (83), Kunak (18) dan Kinabatangan (1)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muslimin berkata demikian ketika ditanya mengenai penutupan sekolah di Sabah ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Malaysia pada masa ini berdepan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berakhir.

Semalam, terdapat 287 kes baru Covid-19 direkodkan dan menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular.

"Trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana perkara itu sememangnya selari dengan trend peningkatan jumlah kes dan kematian Covid-19 yang dilihat di seluruh dunia.

"Kes Covid-19 di dunia pada masa kini mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Sementara itu Muslimin berkata penutupan sekolah di daerah lain Sabah hanya akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Untuk kawasan lain di Sabah belum ada sebarang keputusan penutupan dibuat.

"MKN dan KKM akan buat keputusan nanti. Untuk penutupan sekolah ia hanya akan diputuskan oleh MKN dan KKM," katanya

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.