Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad positif Covid-19


Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya positif Covid-19, dan perkara itu disahkan oleh (Setiausaha Kerja Umno) Sumali Reduan kepada media.

"Juga segala program membabitkan dia (Masrizal) di kementeriannya kini ditangguhkan," katanya

Masrizal adalah senator yang dilantik memegang jawatan timbalan menteri yang juga setiausaha politik kepada Zahid.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan bagaimana Masrizal dijangkit wabak berkenaan.

Malaysia pada masa ini berdepan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlangsung.

Sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan antara pemimpin Umno yang positif Covid-19 ketika berkempen di PRN Sabah.

Sementara itu, Malaysiakini turut mendapatkan pengesahan dengan sumber kementerian berkenaan berhubung program membabitkan Masrizal.

Sumber kementerian itu mengesahkan beberapa program Masrizal yang dijadualkan minggu ini dan minggu depan ditangguhkan.

"Ada beberapa program yang telah dirancang membabitkan timbalan menteri terpaksa ditangguhkan," katanya.

MR :   Makin melarat sebaran covid-19 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan