Header Ads

ads header

Flash News

M Daud Kilau kian uzur


KUALA LUMPUR:
Keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sirih Pinang itu mempunyai kencing manis, jantung dan kini, kurang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

"Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa.

"Kalau saya 'pergi', doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah," katanya menitipkan pesanan buat peminat.

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau kini uzur dan tidak dapat meneruskan aktiviti nyanyian. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau kini uzur dan tidak dapat meneruskan aktiviti nyanyian. - Foto Noor Hidayah Tanzizi

M Daud atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berkata, dia tidak lagi dapat memenuhi undangan persembahan sejak sakit.

"Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku.

"Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat," katanya kepada BH Online.

Beliau ditemui ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang menziarahinya di kediaman di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, hari ini.

M Daud yang kini tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut menerima bantuan kerajaan negeri dalam kunjungan itu.

Katanya, dia rindu untuk beraksi di pentas dengan menggayakan baju labuci.

"Saya sayang dan merindui peminat. Jika kesihatan sudah baik, insya-Allah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka.

"Hari ini, saya rasa seperti penyakit hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Syukur, saya tidak dapat membalas budi baik," katanya.

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri akan melihat bantuan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu.

"Kami sentiasa prihatin dengan keadaan kesihatan M Daud yang kian uzur. Baitulmal akan membuat pemeriksaan lanjut untuk melihat bentuk bantuan yang akan disalurkan," katanya.

#Sumber :  BH  

MR :   Makin tua kita akan dekat dengan menemui pencipta 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan