Header Ads

ads header

Flash News

Sawit Kita Kena Ban Dek US Pula


1) US ban minyak sawit FGV. Maybe minyak sawit syarikat selain FGV masih diterima. Tak ada apa yang nak dikalutkan, melainkan saham-saham FGV dan yang terkait dengannya akan kena tempias berat.

2) US ban sawit kita bukan disebabkan kualiti buah atau minyak sawit. Tetapi atas alasan yag entah apa-apa, konon setelah kajian tiga tahun mendapati kewujudan buruh paksa, penipuan, keganasan fizikal dan seksual, intimidasi dan ancaman, serta penyimpanan dokumen identiti.

3) Sebelum ini EU memboikot sawit kita atas alasan deforestation, pembalakan yang berleluasa. Tidak lain tidak bukan mereka hanya memberi alasan untuk protect produk keluaran negara mereka seperti minyak soya, olive etc.

4) Perlukah kita gelabah? Tak perlu, sebab bukan kita cari pasal dengan US, tetapi US yang cari pasal dengan kita. Tak seperti China dan India dahulu, kita yang cari pasal. China dan India ada maslah diplomatik dengan kita ketika itu, menyebabkan mereka mengurangkan import sawit dari kita. Tetapi US dan EU, mereka memberi alasan yang berat sebelah semata.

5) US ban sawit daripada FGV, bukan Malaysia. Umpama US ban jenama Huawei, bukan keseluruhan China. Apa yang berlaku ini adalah ujian kepada kerajaan PN dan menteri yang dianggap seperti burung hud-hud itu. Kita tunggu dan lihat langkah penyelesaian yang beliau akan buat.

6) Harga swit akan jatuh? Menteri tak buat kerja? Wait...US baru saja umum hari ini, takkan pula esok dah boleh selesai. Impak kepada saham FGV pun belum kita nampak lagi, kena tunggu Bursa open esok dulu la. Kalut nak pi mana hangpa ni. 😄

7) Cadangan saya yang agak merepek, cuba kita laburkan duit untuk buat kajian unik mengenai minyak sawit kita, proses sampai dapat lawan Covid19. Minum sesudu ekstrak minyak sawit dengan teknologi baru FGV (contoh) dapat "meneutralkan" atau mendormankan Coronavirus Covid19.

8 ) Jika dapat, sektor plantation akan melabung, export sawit mencanak, pekebun getah akan tebang getah tanam sawit, kilang glove tutup pakat join industri sawit pulak, dan FGV akan jv dengan Pharmaniaga dan Duopharma. Angan-angan kosong saja... takkan hangpa nak troll jugak 😁. Tapi setiap inovasi bertaraf global, bermula dengan imaginasi pelik-pelik 😈.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Perancangan Agenda Kafir Laknatullah dari dalam & luar negara untuk melemahkan ekonomi umat lslam seluruh dunia.
    Proksi Yahudi di Malaysia adalah Cina.
    Proksi Yahudi di Luar adalah Amerika.

    BalasPadam