Header Ads

ads header

Flash News

Bekas peguam negara Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat oleh Dr M


PETALING JAYA:
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali menuntut ganti rugi dari kerajaan berikutan “penamatan tidak sah” oleh Dr Mahathir Mohamad 2 tahun lalu.

Dalam surat tuntutan yang dihantar ke Jabatan Peguam Negara pada 30 September, firma guaman Shukor Baljit & Partners berkata Apandi menyatakan pemecatannya menyalahi undang-undang dan dengan itu terbatal dan tidak sah.

“Akibatnya, klien kami mengalami kerugian, termasuk tetapi tidak terhad pada, hilang pendapatan dan faedah lain dari 27 Julai 2018 hingga 26 Julai 2021,” kata surat tuntutan yang dilihat FMT.

Difahamkan, kerugian yang dialami Apandi dalam tempoh tersebut adalah sekitar RM2 juta.

Firma guaman itu berkata saman akan difailkan selepas 7 hari notis itu melainkan Apandi menerima ganti rugi yang munasabah baginya.

Sepanjang penggal Apandi memegang jawatan itu menyaksikan pelbagai kontroversi sejak menggantikan Abdul Gani Patail, yang khidmatnya ditamatkan susulan apa yang dikatakan kerajaan atas alasan kesihatan.

Juga, pada awal 2016, Apandi membersihkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak daripada kesalahan berkait 1MDB, langkah yang dipertikaikan Mahathir dan pembangkang.

Surat itu menyebut Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik Agong atas nasihat perdana menteri untuk tempoh 3 tahun hingga 26 Julai 2018.

Katanya, pelantikan Apandi hanya boleh ditamatkan Agong berdasarkan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, penggal Apandi dilanjutkan kepada 3 tahun lagi.

Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan BN dengan Mahathir kembali sebagai perdana menteri untuk kali ke-2 pada 10 Mei 2018.

Surat itu turut menyebut ketua setiausaha negara dalam surat bertarikh 5 Jun 2018 memberitahu penamatan khidmatnya mendapat persetujuan Agong tetapi tiada bukti ditunjukkan.

Surat itu mendakwa perdana menteri yang memutuskan pemecatan itu, dan dengan itu beliau menyalahgunakan kedudukan itu dan melakukan “tort of misfeasance in public office”.

“Perdana menteri melibatkan diri dengan tujuan untuk menyebabkan atau mendorong pelanggaran kontrak antara kerajaan dan klien kami,” tulis surat itu.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan