Header Ads

Header ADS

Menteri agama, Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif Covid-19


KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif jangkitan COVID-19 memohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diri beliau.

Dalam masa sama, beliau menyerahkan segala urusan kepada Allah.

“Kepada Allah saya berserah, kepadaNya jua saya memohon pertolongan.

“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook peribadinya sebentar tadi.

Dalam hantaran sebelum itu, Dr Zulkifli mengesahkan beliau positif pandemik berkenaan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang dijanjikan beliau kepada golongan siswa yang terkandas akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah kementerian Dr Zulkifli.

Kata belia, program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diatur akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.

Beliau berkata, masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini dan sejak Mac lalu, pelbagai bantuan disalurkan pihaknya tanpa mengira agama dan bangsa.

“Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, Insya-Allah.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua,” ujar beliau lagi.

Dr Zulkifli juga berkata, sehingga saat ini keadaan kesihatan beliau bertambah baik.

“Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya,” kata Dr Zulkifli.

#Sumber :  Astro 

MR :  Covid kini tak kenal siapa? Yang tak ikut prosedur dan suka bergaul pasti kena  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Moga cepat sembuh dan dapat meneruskan tugas demi agama.. cuma terpikir plak kalau saat ni Mujahid yg jadi menteri dan terkena covid19.. mesti puak2 melayu totok ni akan cakap itu balasan dan azab dari Allah sbb bersekongkol dgn DAP.. bila menteri pihak dia kene taknak plak cakap macam tu.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ckp mcm tu buat apa... dah dia tak bersekongkol dgn dgn dap huhu

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Kene ada ilmu bila nk komen..jgn ckp semborono..
      Kelak akan disoal di pdg mahsyar!!

      Kalau org jahat kene sakit sbg bala..
      Kalau org berdosa dan mahu berubah kene sakit sbg penghapus dosa (kafarah)
      Kalau org yg baik dan wara' kene sakit kerana Allah nk angkat lagi darjat beliau disisi Allah..agar menjadi lebih dekat dgn para Rasul

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.