Muafakat PN, MN bawa PAS ke Dun Sabah
KOTA BHARU: Pelantikan pemimpin PAS sebagai Adun dilantik di Dewan Undangan Negeri Sabah mencerminkan muafakat yang harmoni dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, perkembangan yang berlaku itu dianggap sebagai lembaran baharu PAS di Sabah.
Katanya, PAS bertapak di Sabah sejak lebih 35 tahun lalu kini diperkukuhkan lagi dengan penyertaan bersama PN dan MN.
“Ini
membuktikan kesungguhan PAS dalam usaha memperkukuhkan perpaduan,
menyemarak pendidikan dan sebagainya di Sabah,” katanya di sini.
Hari ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan dilantik sebagai Adun Sabah.
Turut
dilantik bekas Ketua Menteri Dato’ Yong Teck Lee, wakil Umno Suhaimi
Nasir dan Raimie Unggi serta Jaffari Walliam dan Amisah Yassin dari
Bersatu.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Mohd
Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, wakil
tunggal PAS di Dun Sabah diharap mampu memberi nilai tambah kepada
kerajaan baharu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
MR : Pertukaran strategik PAS lebih Islamik dan lebih baik drp AMANAH yang mengadai prinsip serta agama
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan