Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin buat kenyataan sindir Anwar


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kebajikan negara lebih penting daripada bermain politik.

Perdana Menteri berkata oleh kerana itu, beliau lebih senang untuk memberi fokus kepada kebajikan negara dan bukannya bermain politik atau mengelak daripada media.

"Saya bukan tidak buat sidang media atau mengelak media. Cuma saya memberi fokus kepada isu yang dihadapi negara setiap hari seperti COVID-19 dan soal pemulihan ekonomi.

"Media adalah satu perkara yang saya beri keutamaan… walaupun ramai yang berminat ingin tanya soalan politik. Nanti rakyat fikir saya lebih suka bermain politik daripada menjaga kebajikan negara,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media khas di kediamannya di Putrajaya hari ini.

Serah pada kebijaksanaan Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan berhubung dakwaan presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu. 

"Saya serahkan kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong, peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu adalah dalam kuasa penuh baginda.

"Maka kita harus memberikan kepercayaaan kepada baginda untuk memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan," katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

#Sumber : - Bernama   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Baguslah, orang ramai semua sedar siapa Anwar bin Ibrahim ni sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Berakhirlah karier politik nuar dengan hina nya

    BalasPadam
  3. Dah le tak de senaarai dia suruh Agung buat kerja dia. Dia yang nak jadi PM dia le kena cari MP2 yang sokong dia. Haru biru betoi.

    BalasPadam
  4. Aku nak jadi pm sebab semua mp dan adun dan seluruh rakyat sokong aku jadi pm. Aku ada sokongan kuat dalam fb malah semua rakyat pun sokong aku jadi agung.

    BalasPadam
  5. Ko buat semua boleh.. semuanya suci.. bila orang lain buat semua salah.. mulalah nasihat utk kebajikan negaralah.. pandemiklah. main politiklah.. kononnya nak fokus kat pandemik.. pilihanraya kat sabah ko boleh je biarkan.. Musa Aman buat perangai takpde plak kau nasihatkan dia jaga kebajikan rakyat.. akhirnya Allah bagi bala kat kau dgn gelombang2 covid tak abis2 ni.. umur kau abis kat situ jelah. mula2 satu dunia puji sekarang semua negara gelak.. negara2 lain dah mula terkawal malaysia plak yg mencanak2 naik nak buat rekod.. buat malu je.. pening Norhisham melayan ko ni.. bagi kat orang lain je la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh. Siapa yg nak bubar dun sabah? Muhyiddin ke? Macai PH memang sentiasa bodoh bertingkat2.

      Padam
    2. Alahai Sabah bubar Dun oleh Shafie Apdal jangan jadi dunggu bro..
      Kalau orang politik sampai lubang kubur pun dia nak berpolitik. PM TSMY seorang pemimpin yang cakna rakyat sebab itu kita nampak dia lebih ambik berat kepada pandemik covid19 dan masalah kesusahan rakyat.

      Padam
    3. Hanceng nya ko ni...ko bg org kencing ko ker...alahai bongoknyer mahacai ph

      Padam
  6. Allah maha mengetahui jgn cakap bukan2 jaga percakapan dalam alam maya jgn kurang ajar sekian

    BalasPadam
  7. kalu suka kencing dia pasti kencing merata rata ...yg sedihnya Istana pun dia nak kencing ..harap dia bersara atau di bersarakan terus dari menyusahkan rakyat dan negara

    BalasPadam
  8. Individu spt Anwar ni wajar dibawa berjumpa kaunselor atau psychiatrist.

    BalasPadam
  9. anwar suruh agong carik kan org menyebelahi dia

    BalasPadam
  10. Pru14, BN dah bentuk kerajaan tapi ada lagi yg buat komplot sehingga drama politik tiada kesudahan. So fikirlah sndiri siapa punya gara2

    BalasPadam