Header Ads

ads header

Flash News

Pilihan raya umum, negeri tak sesuai semasa Covid-19, kata SPR


PUTRAJAYA:
Pilihan raya umum atau negeri tidak sesuai diadakan waktu ini, ketika pandemik Covid-19 melanda negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, bukan senang untuk menjaga keselamatan rakyat dalam keadaan wabak.

Ghani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dilaporkan akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya mohon ketika wabak sedang melanda, kalau boleh tidak ada pilihan raya (diadakan) waktu ini,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah, hari ini.

SPR menetapkan PRK Batu Sapi pada 5 Disember, hari mengundi awal pada 1 Disember manakala penamaan calon pada 23 November.

Ditanya sama ada SPR akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan darurat di Batu Sapi supaya PRK tidak diadakan, Ghani berkata darurat yang melibatkan keselamatan negara akan diisytiharkan kerajaan dan SPR akan akur dengan apa jua keputusan dibuat.

“SPR hanya boleh memberi pandangan kawasan dikenal pasti sebagai zon merah dalam mesyuarat yang dipengerusikan menteri-menteri kanan,” katanya.

Sebelum ini, Ghani dilaporkan berkata PRK Batu Sapi perlu dijalankan seperti termaktub dalam perlembagaan dan hanya boleh ditangguhkan sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.

Berkongsi pengalamannya turun ke Sabah untuk meninjau proses PRN bulan lepas, Ghani berkata perhimpunan beramai-ramai antara punca wabak Covid-19 senang merebak.

“Saya baru lepas kuarantin 14 hari. Saya dipanggil buat ujian kali ke-2 dan Alhamdulillah saya negatif. Kita kena terima hakikat pendekatan baru terpaksa dibuat untuk membendung wabak ini sepenuhnya,” katanya.

Ghani berkata, SPR juga tidak akan menghantar petugasnya dari Semenanjung untuk membantu proses PRK Parlimen Batu Sapi nanti sebagai usaha meminimumkan risiko penularan.

Pelaksanaan PRK Batu Sapi akan dijalankan sepenuhnya oleh pegawai SPR dan sukarelawan yang bertugas di negeri berkenaan.

PRK Batu Sapi perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Oktober lepas, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Liew yang mewakili Warisan berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 4,619 undi dalam pertandingan 4 penjuru.

#Sumber :  FMT  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan