Header Ads

Header ADS

Najib mahu menteri PAS diheret ke mahkamah atas dakwaan langgar arahan kuarantin


PETALING JAYA:
Bekas presiden Umno, Najib Razak, mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Kementerian Kesihatan kemudian mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook hari ini.

“Jika kalah, masih boleh rayu.”

Najib menjelaskan beliau bukan hendak mengecam PAS, tetapi sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara itu.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menggesa kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bagi mengekang kluster Meru di Klang, Selangor.

Gesaan itu antara 6 langkah yang beliau cadangkan untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Antara yang dicadangkan juga, pihak berkuasa melarang pergerakan rentas negeri di Semenanjung bagi semua trafik bukan komersial selama 2 minggu.

“Nasihatkan rakyat tidak pulang ke kampung buat sementara waktu supaya tak berjangkit kepada orang tua,” tambahnya.

Majikan juga digalakkan supaya membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan begitu juga bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan jika tidak perlu berada di pejabat.

“Jika tak mahu tutup sekolah, arahkan semua sekolah untuk beri kelonggaran dan tidak menghukum murid yang tidak hadir sebab ibu bapa bimbang penularan Covid-19.

“Sediakan pelajaran tiap-tiap hari dalam talian atau dihantar melalui WhatsApp kepada ibu bapa jika cikgu boleh.”

Sementara itu, Najib juga menyeru pihak berkuasa tempatan membenarkan premis makanan membuka meja di kaki lima dan luar premis “sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar”.

Khusus bagi Sabah, Najib mencadangkan moratorium bayaran pinjaman bank dilanjutkan “secara pukal” bagi seluruh negeri itu selagi ia masih bawah PKPD.

Najib juga sempat menyampaikan pesan kepada lawan politiknya, Lim Kit Siang dari DAP.

“Suruh Lim kecam menteri besar Selangor yang mohon maaf sebab langgar kuarantin,” katanya.

MR :  Najib tak mengulas pasal 'ada number' Anwar, Apa sebenarnya tujuan Najib? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Kalau dia mengaku bersalah tak payah le ke mahkamah wahai Bossku. Biar le prosess keadilan berjalan, sama jugak dengan kes 1MDB hang. Tak boleh ke jawab macam mana PAS jawab pasal kes hang. Sampai proses keadilan tu habis....under pressuure dari DAP ke? dah sakit telinga. Ke nak join DAP ?

    BalasPadam
  2. Elok la PAS fikir balik kedudukan dalam Muafakat Nasional. Kalau agak2 tak menguntungkan PAS, elok keluar jer dari MN tu. Nampak sangat tak ada semangat setia kawan langsung sesama parti MN. Complete waste of time staying with this kind of people.

    BalasPadam
  3. Dah ada tanda2 utk berpakat dengan Anwar tu. PAS Dan akar UMbi UMNO kena berhati2 la ya. Zahid Dan Najib ni nampak lain macam je akhir2 ni.

    BalasPadam
  4. dah sampai ke penghujung begitulah biasanya

    BalasPadam
  5. Jangan adu domba.

    BalasPadam
  6. Dah bole buang tittle Malu apa Bosku..sebab akhirnya jadi TAK TAHU MALU betul..

    BalasPadam
  7. Kalau ditafsirkan apa kata Najib, mmg menteri tak bersalah tetapi biar diputuskan oleh Mahkamah supaya kafir harbi DAP tidak ada ruang untuk menuduh Menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebaiknya.. biar Khairudin didakwa sbb kesalahannya jelas dan nyata.. biar mahkamah menentukan hukum.. barulah adil.. ni rakyat biasa tak sempat2 terus jatuhkan hukuman.. yg Khairudin ni lengah2 plak.. takkan nak tunggu Khairudin ni mati baru nak dakwa.. bukan setakat kafir harbi je yg marah.. orang Islam pun marah.. Islam tak ajar double standard dalam menegakkan undang2.. Islam melayu totok je yg ade double standard ni..

      Padam
  8. Menteri Dr Khairuddin al-Takiri org baik2 sejak zaman student lagi. Namun kalau benar cadangan Najib masih ikut proses undang2, eloklah dipraktik. Tak perlulah nak tuduh Najib mcm2 pula. Tiada siapa yg kebal dari law. Bila mahkamah putuskan, ia lebih konkrit utk dijadikan hujjah.

    BalasPadam
  9. Kes Khairuddin tidak jadi kudis gatal pun kepada negara kerana yang menyibuk hanya geng dapig ,lihat kepada fakta kes dan beliau Khairuddin bukanlah seorang penyanggak,perasuah,pecah amanah,penyamun dan membunuh orang. Kompaun kesalahan pun sudah dibayar,potong gaji lagi.Tidak kurantin diri itu perkara remeh remeh kerana beliau bukan pembawa covid 19 atau terkena covid 19 atau sedang memakai gelang pink. Cuba beri tahu berapa orang yang telah terkena Covid 19 kerana kluster Khairuddin...jangan bodoh lebih dari lembu dan buang masa proses mahkamah

    BalasPadam
  10. LANCAU PUNYA ALONG..

    admin... buang la kaki iklan ni semua.. semakkkk

    BalasPadam
  11. Cuba yg langgar Sop mcm khairudin tu org bernama mujahid yusof rawa. Adakah anjing2 Pas akan keluarkan dalil yg sm seperti khairudin hud hud??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes khairuddin hanya perkara remeh temeh dan tidak merugikan sesiapa pun..lainlah jika beliau rasuah,jual aset negara,gadai aset TH ataupun mencuri,merompak harta rakyat..tidak kurantin diri hanya kena kompaun,lainlah jika kes beliau tidak boleh dikompaun dan beliau penyebab jangkitan covid 19. Jangan menari ikut provokasi anjing anjing pankhianat dan dapig. Bagi pankhianat, menunggang syaitan pun dianggap rahmatan alamin

      Padam
  12. Pertama
    Lihat secara positif apa maksud Najib. Mmg BETUL biar mahkamah putuskn sb kes ini sgt dimanipulasikn oleh DAP. Apabila kes ini tidak selesai selagi itulah ia menjadi mainan musuh.
    2. Jika pun masuk mahkamah, denda hanya skdr rm1000 , tak kena penjarapun shga hilang kelayakan sbg MP. Hanis denda tu akan senyaplah pihak musuh tiada isu lgi.
    3. YB Khairuddin ada point menang dan baik dlm isu ini sb.
    A. Dia tak kuarantin sb kkm tak tak suruhpun. Kes lain sudah kuarantin tapi langgar.
    B. Mat Sabu dr Sabah tak kuarantinpun padahal semua dr Sabah disuruh kuarantin. Mat Sabu langgar arahan dan dan boleh denda.
    C. YB Khairuddin negatif covid. Isunya cuma satu TAK KUARANTIN KENDIRI saja. Kenapa tak selesai2 kes ini. Selagi tak selesai selagi itulah peluru masih ada di tangan musuh. Kenapa biarkn musuh terus menembak kita sedangkn kita boleh ambil peluru tu utk tembak musuh. Inilah maksud Najib yg.ramai orang kita tak faham. Atau ada pihak dalaman yg.SENGAJA sabotaj YB Khairuddin dan PAS , cuba siasat.

    BalasPadam
  13. Pemimpin bodoh berlapis-lapis yang telah dihukum oleh mahkamah masih belum sedar diri lagi kerana sibuk memecah-belahkan kerjasama parti Melayu dengan parti Islam.

    Kebodohan dia jugalah menyebabkan skandal berskala besar melanda negara dan parti dia terlingkup kerana ditipu oleh jo low life yang menjadi barua roket.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang bodoh sebenarnya awanama 152. penghakiman yang macam bangsat. kalau tak nampak lagi tak tahulah. by the cytro parti bunga celaka makin ramai sekarang ni. berapa yidin bayar?????

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.