Header Ads

ads header

Flash News

Pelajar Positif COVID-19, SMA Sultan Ismail Tutup Sementara


DUNGUN, 8 Oktober -
Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail di sini ditutup selama lapan hari bermula 8 sehingga 15 Oktober 2020 berikutan terdapat pelajarnya yang disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan ini bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.

"Terdapat kes positif COVID-19 yang telah disahkan pada 7 Oktober 2020 melibatkan seorang pelajar.

"Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SMA Sultan Ismail mempunyai 66 guru dan 832 pelajar.

     


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan