Header Ads

Header ADS

Pertemuan Anwar tiada kena mengena dengan sokongan Ahli Parlimen kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil


KUALA LUMPUR –
Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi, semua pihak masih menantikan apakah intipati sebenar pertemuan itu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin agenda pertemuan tersebut adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan beliau adalah Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini.

Pertemuan tersebut menurut Ahmad Fadil tiada kena mengena untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima oleh Presiden PKR itu.

“Tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Jelas Ahmad Fadil berkata, walaupun Anwar mempersembahkan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu masih perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Dewan Rakyat sebagai platform yang utama.

Ahli Parlimen Port Dickson tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi dan meninggalkan istana sejam kemudian.

Anwar hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana.

Beliau dijangka mengadakan sidang media pada jam 2 petang ini.

#Sumber :  – MalaysiaGazette  

MR :   Ini versi baharu pula... makin kecamuk 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Aku lebih percaya kepada datok pengelola bijaya diraja atas kenyataanya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.