Header Ads

Header ADS

Perubahan politik paling bersejarah buat Malaysia


KUALA LUMPUR:
Perubahan politik hingga mengangkat Pakatan Harapan menerajui memerintah adalah pembentukan negara masyarakat majmuk yang tidak konsisten dengan demografi penduduk, demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, hal tersebut kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai peneraju pemerintahan sebelum ini telah dikuasai oleh majoriti Ahli Parlimen bukan-Melayu dan bukan-Islam di mana mereka bukan kaum yang mendominasi penduduk negara ini.

Katanya, perkembangan itu menjadi suatu keadaan yang menggelisahkan di mana boleh menyebabkan suatu ketidakstabilan masa depan kerana usaha untuk menangani masyarakat majmuk mesti dengan menegakkan keadilan kepada semua.

“(Mesti) pemimpin yang didominasi oleh kaum yang menguasai negara itu, ini sangat penting. Sebab pemimpin itu ada kehebatan dia. Ini ialah sebahagian daripada fekah politik Islam yang mengajar. Di mana bukan mesti kita fanatik kaum, tidak.

“Kaum boleh berubah, tetapi mestilah kaum yang menganut Islam yang mendominasi negara itu. Ini sangat penting,” ujarnya mengimbas latar belakang perubahan politik yang berlaku dari PH kepada Perikatan Nasional baru-baru ini.

Jelas beliau, perubahan dilakukan itu adalah secara demokratik iaitu dengan dikumpulkan Ahli-ahli Parlimen Islam dan bukan-Islam yang tidak ekstrem, seterusnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan.

Terangnya, berlakunya perubahan yang mengikut demokrasi secara tidak langsung itu adalah melalui wakil-wakil rakyat di mana ianya tidak salah mengikut Perlembagaan dan undang-undang, berbeza dari demokrasi langsung menerusi pilihan raya.

Akui Ahli Parlimen Marang itu, perubahan tersebut menjadi peristiwa paling tidak dapat dilupakan beliau kerana terlibat secara langsung walaupun pernah juga melalui pengalaman krisis Bosnia, Kashmir, Palestin, Afghanistan dan lain-lain.

“Ini negara kita sendiri, negara kita sendiri. Dan menyebabkan saya berhempas pulas dengan rakan-rakan pimpinan-pimpinan politik ini sehingga tidur tak cukup, sehingga saya dinasihat masuk hospital dua kali tak masuk hospital. Tapi kerja dengan penuh semangat.

“Dan berlaku suatu perubahan yang sangat menarik, perubahan secara aman, yang tak ada setitik darah pun tumpah. Ini sangat menarik kepada pengalaman saya,” ujarnya penuh gembira.

Mengimbas secara lebih terperinci, usaha itu katanya bermula dengan tanggungjawab menyatukan orang Melayu-Islam sendiri dan tanpa menafikan masyarakat majmuk dalam kalangan orang bukan-Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini.

Menurut Tuan Guru, usaha tersebut tidak mudah kerana sesama orang Melayu sendiri berbeza pandangan dan sudah mempunyai tajam pertelingkahan yang tajam terutama melibatkan parti-parti berbeza, namun akhirnya titik pertemuan berjaya diadakan.

Jelas beliau, ianya dari satu kesedaran perubahan perlu untuk mengembalikan kuasa politik Melayu-Islam yang adil kepada semua dan berjaya mengumpulkan Umno dan PAS dengan mewujudkan Muafakat Nasional.

“Kemudian berjaya mengajak kalangan PH iaitulah daripada BERSATU daripada PKR yang ingin membuat perubahan. Dibuat gabungan, diikuti rakan-rakan Sabah dan Sarawak. Kemudian mengajak kalangan bukan-Islam yang tidak ekstrem. Terdapat kalangan bukan-Islam yang bencikan huru-hara, bencikan pergaduhan, bencikan.

“Ini ada orang bukan-Islam. Kita tak boleh nafi. Ini kita ajak mereka bersama. Tidak menimbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan. Dengan terkumpulnya ini, maka wujud satu pakatan.

“Mula-mula kita tubuhkan Muafakat Nasional, kemudian Perikatan Nasional. Tubuh Kerajaan Perikatan Nasional. Ini sebagai satu langkah awal yang perlu disambungkan lagi,” seru beliau.

#Sumber :  Harakahdaily  
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sejarah makan duit negara dan rakyat paling mega di malaysia
    Hapus lenyap umno pas bersatu

    BalasPadam
  2. Kalu makan duit gak,hukumlah.tak payah duk adu domba dan campur fitnah.malaysia ni ada undang2.Tak kira pihak mana, salah tetap salah.Rasuah terowong yang ditarik balikpun kena adili semula.jangan bercakap jer merata dunia selamatkan malaysia daripada kleptokrasi,hampehhh.PH 22 bulanpun balun duit jugak. Setiausaha politik Menteri PAN pun balun duit rasuah. Tu baru 22 bulan,belum 22 tahun lagi.Kencing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2..jgn kira kerana duit.sampai melayu islam dan raja nk kena pedaya dgn puak sepet haram jadah nie..

      Padam
  3. Unknown 4:18
    Woi rba bodoh
    Bpe lame tdo hah
    Sial
    Dapat tulang lme ko tdo
    Komen piwn pendek
    Setan ko rba
    X ckop lah tulang???
    Puihhhh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.