Header Ads

ads header

Flash News

Polis Perkemas Kertas Siasatan Khairuddin


KUALA LUMPUR –
Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tindakan itu dibuat susulan arahan terbaharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kertas siasatan yang diserahkan kepada AGC dikembalikan semula.

“Ada beberapa tindakan perlu dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut arahan AGC.

“Kita akan hantar kembali kertas siasatan itu sejurus selesai siasatan,” katanya pada sidang media, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah akan merekod keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung dakwaannya mengenai pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, janji temu dibuat polis sudah dipersetujui Mohamaddin bagi membolehkan rakaman percakapan dilakukan.

“Kita akan panggil beliau (Mohamaddin), janji temu sudah dibuat. Mohamaddin bersetuju untuk beri keterangan.

“Satu pasukan ditubuhkan terdiri daripada JSJ Sabah (akan rekod percakapan bekas menteri itu),” katanya.

Sebelum ini, Mohamaddin mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapan yang tular di media sosial, bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

#Sumber : – BH Online   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan