Header Ads

ads header

Flash News

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu


LAHAD DATU –
Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu Sayyaf pada Januari lalu, di perairan Tambisan, Tungku, di sini, ditemukan terbunuh di Patikul, Sulu, Filipina, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rakan sejawat di Filipina.

“Betul (mangsa terbunuh), kejadian berlaku pada 28 Sept sewaktu misi menyelamat lima mangsa culik oleh Tentera Filipina.

“Ketika misi itu, berlaku pertempuran berbalas tembakan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan mayat mangsa dijumpai semalam,” katanya kepada Bernama.

Pada Januari lalu, Laa Baa, 32, merupakan antara lima nelayan warga Indonesia yang dilaporkan diculik di perairan Tambisan, Tungku, Lahad Datu.

Mangsa culik lain dikenali sebagai Arsyad Dahlan, 41; Riswanto Hayano, 27; Edi Lawalopo 53 dan Syarizal Kastamiran, 29.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata empat lagi mangsa culik masih berada dalam tahanan kumpulan Abu Sayyaf.

#Sumber :  – BERNAMA  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan