Header Ads

ads header

Flash News

Ramai tak tak tahu, Sekolah tempat lebih selamat kata Noor Azmi


Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar, justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang mencatat kes positif Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah melaksanakan prosedur operasi standard yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan pengawasan aktiviti berkumpulan.

Orang awam juga, katanya, tidak dibenarkan keluar masuk sekolah, manakala pelajar yang tinggal di asrama tidak boleh balik.

“Di sekolah lebih selamat berbanding komuniti luar, jika tiada kes Covid-19, sekolah tidak akan ditutup,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

Ahli parlimen Bagan Serai itu ditemui media selepas majlis pengagihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian semalam.

Malaysia mencatatkan rekod kes positif Covid-19 paling tinggi semalam dengan hampir 700 orang disahkan dijangkiti penyakit berkenaan.

Ia semakin meningkatkan kebimbangan ibu bapa terutama selepas ada beberapa kes positif membabitkan pelajar dan guru dicatatkan.

Justeru ibu bapa berpendapat sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan menutup sementara sesi persekolahan, atau sekurang-kurangnya membabitkan kehadiran secara fizikal.

MR :   Cikgu adalah mangsa keadaan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. YB Dr Noor Azmi...maksudkan sekolah berasrama kaa 😆😆😆 aku ingat sekolah biasa...nie kalau ada yg baca tapi tak faham maksud berita yg di laporkan dgn maksud tuan yg bercakap...akan berlaku contradict 😁

    BalasPadam
  2. YB ni katanya seorang doktor. Sedarkah YB bahawa 80-90% jangkitan Covid 19 adalah TIDAK BERGEJALA. Tak kan nak tunggu murid atau guru mendapat jangkitan baru nak tutup sekolah dan buat saringan kesemua kontak rapat. Satu ksmpung kena screening. Sedangkan sekarang ini pun banyak ujian masih menunggu nak ditambahkan lagi bebanan makmal Covid ke? Apakah keperluan mengsdakan sisi persekolahan bersekemuka ini terutamanya pada kumpulan pelajar yang tidak menduduki peperiksaan penting iaitu SPM dan STPM. Biarlah kumpulan ini sahaja yang bersekolah supaya penjarakan sosial dapat dipraktikan sepenuhnya. Perlukan kita mendengar arahan politikus seperti ini terutamanya selepas kenaikan angka jangkitan Covid disebabkan mereka. Jadi bertindaklah kesihatan anak anda adalah tanggungjawab anda bukannya politikus

    BalasPadam