Header Ads

Header ADS

Redakan suhu politik sementara waktu, ini rayuan rakyat - Dr Chandra


KUALA LUMPUR:
Ahli politik perlu mengenepikan kepentingan masing-masing dan meredakan suhu politik buat sementara waktu.

Ia kerana penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar menegaskan, rakyat telah merayu agar ahli politik lebih memfokuskan kepada isu penting yang lebih mendesak dan mencabar ketika ini.

“Mereka iaitu ahli politik harus mengenepikan kepentingan politik masing masing. Kita tahu bahawa kepentingan politik itu penting dalam politik tapi kerana keadaan dan situasi.

“Apa salahnya kalau mereka mengenepikan kepentingan politik buat sementara waktu dan beri keutaman kepada kesejahteraan rakyat.

“Ini adalah rayuan daripada rakyat biasa, daripada warga dan saya berpendapat bahawa sebahagian besar daripada rakyat kita berfikiran sebegitu.

Sementara itu, Dr Chandra menegaskan bahawa ahli politik harus mengurangkan suhu politik kita supaya kita dapat beri tumpuan kepada isu penting yang mendesak dan mencabar.

“Ini adalah rayuan.. dan kita berhak membuat rayuan ini.

“Sekiranya mereka tidak mahu mengambil sikap yang berbeza dan kalau apa kita lihat berlaku sejak Mei lalu, walaupun nasihat daripada Tuanku (Yang Di-Pertuan Agong) begitu jelas dan jitu.

“Sekiranya mereka masih degil dengan pendirian masing-masing dan masih ingin meneruskan politik mereka ini, iaitu politik yang hanya mementingkan kuasa dan kedudukan mereka.

“Mereka harus terima solusi yang berdasarkan kepada perlembagaan dan demokrasi,” tambah Dr Chandra ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.

Beliau juga menambah bahawa situasi itu boleh menjurus kepada berlakunya pengisytiharan darurat jika ahli politik masih berdegil dan sibuk memikirkan hal politik.

“Itu sebabnya perlembagaan kita juga ada satu fasa, satu mekanisme untuk mengatasi keadaan luar biasa.

“Saya maksudkan adalah Perkara Perlembagaan 150, sebagai contoh di mana kita mengisytihar darurat.
"Berdasarkan darurat, ada syarat syaratnya yang tertentu yang mana kita bertindak buat sementara waktu mungkin sebulan atau enam bulan untuk mententeramkan keadaan untuk pulihkan keadaan dan selepas itu kita kembali sistem pemerintahan yang sedia ada,” tegas beliau lagi.

#Sumber :  Astro   

MR :   Mereka tak kira pendapat rakyat, mereka kira pendapat perut mereka 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Macamana nak redakan suhu sbb kerajaan yg ada sekarang adalah kerajaan yg jelas memusnahkan mandat rakyat dalam PRU13.. sepatutnya dgn cara apa sekalipun PH hendaklah diberi peluang memerintah 5 tahun.. YDPA perlu memberi masa dan peluang PH duduk berbincang utk mendapatkan pengganti Mahathir bulan Februari lalu.. bukannya dgn pantas melantik Muhyidin.. ini merosakkan demokrasi.. situasi adalah sama.. berpaling tadah.. dulu Bersatu dan geng kartel yg berpaling tadah.. sekarang UMNO berpaling tadah.. bezanya pula dulu YDPA dgn pantas melantik Muhyidin tapi kali ni YDPA memberi peluang dan masa buat Muhyidin mendapatkan kembali sokongan.. byk ketidakadilan berlaku.. takkan nak duduk diam je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara dia senang je, tutup mulut bukan merapu macam ko. Tolong angkut cucu madey dan balik kerala ok? Boleh? Ok settle.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.