Header Ads

ads header

Flash News

Politik negara tidak menentu walaupun Anwar jadi PM


KUALA LUMPUR -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meragui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu dan menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir dalam wawancara bersama Reuters hari ini berkata, sekiranya Anwar berjaya berbuat demikian, Malaysia akan terus berada dalam ketidaktentuan politik.

Malah, menurut beliau, meskipun dengan kepimpinan baharu itu, Malaysia tetap terdedah kepada peralihan pakatan politik terutama oleh UMNO.

"Jadi situasinya sangat tidak menentu. Bagaimanapun, akan ada situasi di mana tidak ada kerajaan di negara ini," katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan pendiriannya yang tidak menyokong Anwar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, beliau menolak dakwaan Anwar mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Inilah perkara yang Anwar suka cakap. Sudah tiga kali dia dakwa mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia didapati tidak mempunyai sokongan itu,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Reuters, pejabat Anwar tidak memberi respons segera terhadap permintaan agensi berkenaan bagi mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.

#Sumber :  SH   

MR :   Mahathir dan Anwar sama-sama tak betul dan menyusahkan rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Malaysia celaru kerana dua makhluk ini. Lebih 20 tahun manusia ini sahajakah layak merintah Malaysia. Cukup sudah.Bersaralah. Politik keluarga Anuwar,azizah,NIzzah perintah malaysia tak aman jugak

    BalasPadam
  2. Mahathir dah diberi peluang.. gagal.. Najib diberi peluang dan gagal.. Muhyidin dah diberi peluang dan gagal.. patut Anwar juga diberi peluang.. mana mungkin sekadar membuat andaian dia gagal tanpa memberi peluang.. kalau terbukti gagal baru kita tendang keluar.. byk lagi nama2 besar yg patut diberi peluang lepas tu.. Tok Mat pun mendapat pujian rakyat patut diberi peluang.. kalau semua dah diberi peluang mungkin mereka2 sudah berpuas hati melakukan yg terbaik walaupun gagal.. apa yg jelas sekarang ni Mahathir adalah PM7 yg paling gagal..

    BalasPadam