Header Ads

ads header

Flash News

Rombak Kabinet elak gencatan politik


SHAH ALAM -
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan rombakan Kabinet sekiranya beliau berjaya mencapai kata sepakat dengan beberapa parti politik susulan kemelut dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, konsensus politik dapat mengelak gencatan politik.

Pada masa sama, beliau berkata, Muhyiddin dapat memberi perhatian penuh terhadap usaha kerajaan mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan ekonomi.

“Tidak perlu gencatan politik tetapi yang penting konsensus politik yang sudah tentunya membawa kepada rombakan Kabinet.

“Cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu proses perundingan untuk kelangsungan pemerintahan kerajaan.

“Rakyat akan memahami proses tersebut kerana fokus utama sekarang adalah Covid-19 maka jangan bahayakan kesihatan awam sehingga taksub dengan politik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut Sara, berkata, rombakan Kabinet adalah lebih sesuai dilakukan ketika negara sedang bergelut dengan Covid-19 meskipun pembubaran Parlimen dilihat lebih adil.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin politik perlu bersabar dan tidak memberi tekanan sehingga berlakunya gencatan politik.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan