Header Ads

Header ADS

DAP tak setuju jika ada rombokan kabinet


SHAH ALAM -
Kerajaan tidak perlu membuat sebarang rombakan kabinet ketika ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan kini perlu memberi tumpuan kepada usaha memerangi gelombang ketiga Covid-19 berbanding isu berkaitan politik.

"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyatakan bahawa tidak ada rombakan Kabinet dan menghentikan penawaran kedudukan dan jawatan politik.

"Daripada memfokuskan pada survival dengan menyogok sokongan ahli Parlimen dengan jawatan GLC, termasuk jawatan besar sebagai Pengerusi Petronas dan jawatan menteri melalui rombakan Kabinet, adalah lebih baik masa dan usaha digunakan Perdana Menteri membetulkan kegagalan menangani krisis Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, perkara itu sangat penting dalam memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang belum reda.

Pada masa yang sama, bekas Menteri Kewangan itu mengulangi pendirian bahawa tidak ada keperluan DAP untuk mengatakan mengenai perkembangan politik semasa, khususnya ketika orang awam mahu kepentingan mereka dijaga oleh kerajaan.

"Marilah kita fokus untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan bukannya menggunakan retorik perkauman dan agama yang memecah belahkan.

"Juga sokongan kepada wira-wira barisan hadapan kita memenangi pertempuran melawan Covid-19," katanya.

#Sumber :  SH

MR :  Semasa tak jadi kerajaan bagus DAP mengambil kira masalah rakyat... jadi layak DAP jadi pembangkang sepanjang zaman 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. So hudud sm ruu355 apa citer?

    BalasPadam
  2. LGE mula beri TAKZIRAH hal rumah tangga PN...cuba nak pikat hati BANGSA MELAYU dengan PERANG SARAF terbaru selepas terpalit dengan ISU RASUAH dan FITNAH yang mula terasa kehilangan sokongan dari BANGSA MELAYU

    BalasPadam
  3. Haha.. kene setepek kat muka Muhyidin.. dulu kemain cakap yg kita kena fokus kat kerajaan dan kene fokus menangani pendemik covid19 ni.. sekarang ni dia pulak yg sibuk main politik demi nak menyelamatkan kepentingan dia supaya dapat kekal sebagai PM.. selamba je LGE kenakan balik Muhyidin dan PN.. tulah Muhyidin.. jgn pandai bercakap je.. kene kat diri sendiri terus lupa segala saranan dia sebelum ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. HaHa kena bertepek2 kat muka idola kau..LGE dengan kes rasuah terowong dan kes saman fitnah setelah bekas AG TOMMY THOMAS xada kuasa nak SUCIkan maruah LGE..HukHukHuk

      Padam
  4. bukan ke SHAFIE yang jumpa YDPN untuk bubarkan kerajaan tebuk atap di SABAH atas sokongan PH sendiri ????...biasalah sifat ULTRA KIASU DAP...mana nak mengaku salah atas hasutan PH keatas WARISAN agar diadakan PILIHAN RAYA sekali lagi walaupun situasi COVID 19 masih lagi melanda Negara...sikap puak ULTRA KIASU DAP jenis baling batu sembunyi tangan...sikap yang banyak diperkatakan oleh USTAZ REDZUAN TEE..hanya MELAYU yang lupa diri aje mengatakan DAP betul..walaupun Agama Islam diperlekehkan secara terang2an oleh ahli DAP...hanya bungkam dan kelu lidah Melayu yang SANGGUP MAKAN BABI DENGAN LGE DARI MAKAN AYAM DENGAN NAJIB..bungkam dan kelu lidah bila DAP pun minta ZAKAT kepunyaan orang Islam diberi kepada orang bukan Islam...bungkam dan kelu lidah bila MP DAP minta Tanah Rezab Melayu dikurangkan...bungkam dan kelu lidah bila YDPA dipertikaikan KUASAnya dalam hal DSAI...kalau ditanya pada macai MELAYU PH..LGE.LKS.DSAI.MAT SABU semuanya TOKONG..jika PH masih kuasai PUTRAJAYA...LGE.LKS.DSAI.MAT SABU akan dianggap MAKSUM agaknya...yalah...ya AG TOMMY THOMAS akan SUCIkan segala kesalahan orang2 PH..😁😆😆 tca RX

    BalasPadam
  5. LGE ni sibuk apasal..bukan kabinet makbapak dia..dah hilang kuasa baru nak tunjuk baik..perangai ultra kiasu sememangnya hipokrit

    BalasPadam
  6. Sampai ke sini yer barua rba buat kacau

    BalasPadam
  7. Apa hak D4P nak bantah urusan pentadbiran kerajaan?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.