Header Ads

Header ADS

Semua pemimpin politik bekerja satu pasukan pulihkan ekonomi, hentilah kepentingan diri kata Salleh Keruak


PETALING JAYA:
Kepincangan dan ketidakstabilan politik hari ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan raja dan rakyat terhadap proses pemulihan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Salleh Said Keruak berkata, pemulihan ekonomi akan berjaya jika semua ahli politik berhenti mementingkan diri sendiri dan berfikir sebagai 1 pasukan.

“Mampukah kita bertahan untuk setahun lagi atau untuk 6 bulan akan datang jika kita terus begini?

“Mungkin tidak, kecualilah jika ahli politik mula mementingkan rakyat dan berhenti mementingkan diri mereka sendiri,” katanya menerusi catatan di blognya hari ini.

Pemimpin Umno Sabah itu berkata, pakar ekonomi dunia menjangkakan kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 lebih teruk berbanding yang pernah berlaku ketika era 1920-an.

Beliau berkata, walaupun vaksin Covid-19 berjaya ditemui tahun depan dan kehidupan kembali seperti sedia kala, ekonomi negara akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

“Ini bukanlah 1 petanda baik untuk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di Barat sudah pasti akan membawa kesan kepada kita.

“Dalam era globalisasi hari ini, tiada 1 negara pun yang hidup dalam vakum. Malaysia bergantung kepada Barat sebagai sumber pasarannya, jadi apabila Barat sengsara, kita turut sengsara.

#Sumber : FMT 

MR :   Anwar semasa Mahathir jadi PM tak ada pun dia nak bangunkan ekonomi tolong Mahathir.... Ahli politik biasanya dia nak dia yang buat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kenapa ahli ahli politik semenanjung gila tdk kira apa parti mereka.. baik umno, Dap,pkr,amanah,pejuang nya sama saja mereka gila kuasa dlm keadaan negara begini sanggup mereka membelakangi titah baginda dn rakyat..dn sebhgian macai macai duitan ambil kesempatan menambah kemuruk dn media pun sama tdk semua)..septutnya duduklah semeja bincang dgn elok elok mcm mna selasaikan hdpi covid19 ini..ahli ahli politik byk duit tdk apa?rakyat mcm mna?ahli ahli politik Melayu ini bkn zaman Hang Tuah..ini zaman covid19..duduklah kmu semeja bincang elok-elok jgn pentingkan parti pentingkan rakyat dn keamanan negara..

    BalasPadam
  2. Akum..maap kalo tersalah bahasa..kenyataan saudara MR tue salah..time Atok jdk Pm,siape Menteri Ekonominya???jgn main serkap jarang saudara,kelak binasa semua..wallahuallam

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.