Header Ads

ads header

Flash News

Sabah bentuk jawatankuasa baru Pengurusan Bencana Covid-19 negeri, peruntukan segera RM50 juta


Ketua Menteri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri yang akan menguruskan segala usaha mengekang penularan wabak berkenaan di Sabah.

Sehubungan itu, Sabah Covid-19 Command Centre yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sebelum ini dimansuhkan dan peranannya diletakkan di bawah jawatankuasa baru tersebut.

"Jawatankuasa baru akan dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri (Safar Untong).

"Manakala Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi pula menjadi timbalan pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada agensi negeri serta persekutuan yang berkaitan,” kata Hajiji dalam satu kenyataan hari ini.

Selain pembentukan jawatankuasa baru itu, langsung tidak disentuh mengenai pelantikan menteri kesihatan yang baru walaupun jumlah penularan Covid-19 di Sabah adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Selasa lalu, Hajiji mengangkat sumpah bersama tiga timbalan ketua menteri, yang semua mereka memegang portfolio kabinet tambahan.

Turut mengangkat sumpah dua hari lalu adalah Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun serta Menteri Pembangunan Luar Sabah Jahid Jahim.

Portfolio kesihatan tidak dinamakan.

Hajiji juga megumumkan kerajaan Sabah menyediakan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yang diadakan hari ini bagi membincangkan isu berkaitan pandemik Covid-19 termasuk usaha mengekang penularan wabak berkenaan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk bakul makanan kepada penduduk-penduduk terkesan di empat daerah terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri Sabah yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baharu sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Selasa.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Bung Moktar Radin, Jeffrey Kitingan dan Joachim Gunsalam, selain Masidi serta Jahid.

MR :    Tahniah cepat buat kerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan