Header Ads

Header ADS

Saya atur pengampunan Anwar, tapi Anwar membelakangi saya kata Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menerima sokongan Anwar Ibrahim walaupun telah mengaturkan pembebasan pemimpin PKR itu dari penjara dan pengampunan diraja.

"Selepas, saya mengaturkan pembebasan beliau dan pengampunan diraja, dia tidak nak sokong saya.

"Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing, bukan sokong saya. Dia kritikal terhadap saya," kata Mahathir dalam satu wawancara bersama Malaysia Gazette.

Mahathir mempunyai hubungan tegang dengan Anwar sejak tahun 1990-an tetapi bertukar sekutu dalam gabungan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018.

Setelah PH memenangi pilihan raya, Mahathir mengotakan janjinya dengan mengaturkan pengampunan diraja kepada Anwar atas tuduhan meliwat.

Tidak lama kemudian, Anwar kembali ke parlimen dan hubungan mereka kembali dingin ekoran desakan terhadap rancangan penggantian jawatan perdana menteri.

Akhirnya, Anwar setuju untuk tidak menetapkan tarikh bagi Mahathir melepaskan jawatan, tetapi ia sudah terlambat kerana "Langkah Sheraton" dan kerajaan PH runtuh.



Mahathir berkata bahawa beliau membawa Anwar seorang aktivis Islam yang lantang pada tahun 1970-an, menyertai Umno pada tahun 1982 walaupun mendapat tentangan besar ahli parti lain.

Ketika bersama Umno selama 16 tahun, Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 1993.

"Tapi, bila dia menjadi timbalan perdana menteri, dia cuba menjatuhkan saya," kata Mahathir.

'Zahid kroni Anwar'

Mahathir mendakwa Anwar cuba menumbangkan beliau melalui proksi dan mencetuskan himpunan dan protes.

Beliau juga menuduh Anwar membantu kroninya mengumpulkan kekayaan yang luar biasa dan secara khusus mendakwa salah seorang kroni Anwar itu ialah Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang menerajui Umno.

"Itu cara Anwar," kata Mahathir.



Beliau juga mengulas mengenai pengumuman terbaru Anwar yang berkata mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Mahathir berkata beliau pernah mendengarnya sebelum ini dan tidak pasti apakah Anwar akan berjaya kali ini.

Jelasnya lagi, beliau yakin bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan yang tidak menentu.

"Saya dapati kenyataan Anwar ini, kalau benar dua tiga orang Umno tolak Muhyiddin, dia jatuh.

"Soal Muhyiddin jatuh satu perkara, soal siapa sokong Anwar adalah perkara lain," kata Mahathir.

Pada 23 September lalu, Anwar buat kali ketiga dalam kerjaya politiknya menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan tetapi tiada sebarang perkembangan selepas itu.

Setakat semalam, Muhyiddin maish mempengerusikan mesyuarat kabinet kerajaan PN.

MR :   Dendam yang tak pernah padam 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Jgnlah menipu lagi Mahathir.. buat malu gelaran Tun yg diberi.. cerita mulut Mahathir tak selari dgn tindakan yg telah dilakukan.. terlalu byk menyimpang.. kalau ikhlas mahu Anwar sebagai pengganti Mahathir tidak perlu memasukkan nama Azmin dalam senarai kabinet dulu.. Mahathir tahu perbalahan telah wujud antara Anwar dan Azmin awal2 lagi.. sepatutnya proses peralihan kuasa mudah dilakukan sekiranya Mahathir ikhlas dan mahukan Anwar.. terlalu byk dolak dalik dan helah.. tiada kata putus dari Tun.. setelah hampir 2 tahun masih lagi tiada kesudahan peralihan kuasa yg Maahathir janjikan.. akhirnya penyokong Amanah PKR dan DSP mula aggresif membangkitkan tentang peralihan kuasa.. tup2 berlaku peralihan kuasa ditangan PN dimana terbongkar Tun sendiri salah seorang yg menggerakkan langkah ini.. Anwar tidak melakukan apa2 yg membelakangi Mahathir.. hanya Mahathir yg tidak mahu Anwar.. bila Mahathir jatuh terus Mahathir melalak menyalahkan dan memburukkan Anwar.. rakyat telah tahu dan tidak akan tertipu lagi.. Mahathir hampir pupus dalam radar politik Malaysia kini.. semua pihak sudah tidak mahukannya.. kalau ada pun mungkin Azmin dan kartel yg menjadi proksi Mahathir yg setia dalam kem Bersatu.. jgnlah menipu lagi Mahathir..

    BalasPadam
  2. apa yang PENTING adalah P akatan H ancing P unah H arapan tumbang atas tangan2 mereka sendiri kemaruk kuasa sebaliknya KHIANAT MANDAT RAKYAT YANG DIAMANAHKAN...tetapi berSANDIWARA alasan mereka dkhianat,,,SENDIRI BUNUH DIRI SALAHKAN ORANG LAIN..akhirnya terus jadi Gilaaaa seperti anwar dan kuncunya

    BalasPadam
  3. Bila lah nk berakhir kemelut politik negara ini,sdh2lah bertelingkah, kasihanilah kmi rakyat yg kerdil ini bersatulah ketepikan smua perbalahan, bersatulah untk membangunkan negeri ini, kalian smua pasti bisa jika nawaitu kalian smua bersih ikhlas berjuang semata-mata demi rakyat dan negara ini. Kasihanilah kmi rakyat ini... Jika kalian tdk menghentikan pertelingkahan ini kmi lah rakyat yg akan mati.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.