Header Ads

Header ADS

Selepas langkah ‘darurat’ ditolak, Muhyiddin cuba raih sokongan untuk Belanjawan, kata sumber


PETALING JAYA:
Para menteri semalam menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jangan meletakkan jawatan, beberapa jam selepas Istana Negara menolak cadangan mengisytiharkan darurat daripada Putrajaya, kata beberapa sumber.

Presiden PPBM itu sekarang ini sedang mendapatkan sokongan daripada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), seperti bertemu ketua-ketua parti dan anggota Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin dan beberapa ahli Parlimen sekarang ini sedang bermesyuarat di Putrajaya bagi mendapatkan sokongan daripada PAS, MCA, dan MIC serta anggota Jemaah Menteri yang lain, kata orang dalam PN kepada FMT.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, dan Presiden MIC, S Vigneswaran, sudah menghadiri mesyuarat itu, tetapi belum diketahui adakah Presiden Umno, Zahid Hamidi, akan menyertainya.

Beberapa anggota Jemaah Menteri dilihat ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Mereka adalah Noraini Ahmad (pengajian tinggi), Azmin Ali (perdagangan antarabangsa dan industri), Hishammuddin Hussein (luar negeri), Khairy Jamaluddin (sains, teknologi, dan inovasi) Reezal Merican Naina Merican (belia dan sukan), Shamsul Anuar Nasarah (tenaga dan sumnber asli), Radzi Jidin (pendidikan), dan Redzuan Md Yusof (Jabatan Perdana Menteri).

Orang dalam beritahu tidak semua ahli Parlimen Umno menyokong belanjawan dibentangkan pada 6 Nov kerana terdapat kumpulan-kumpulan dalam parti itu yang mahukan pilihan raya.

“Ada ahli Parlimen yang kata akan tolak belanjawan itu dan Muhyiddin cuba mendapatkan kerjasama semua parti gabungan untuk menyokong belanjawan itu,” katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Umno dijangka bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk membincangkan peranan dalam gabungan pemerintah dan belanjawan.

Orang dalam Umno berkata beberapa ahli Parlimen parti itu mungkin boleh sokong belanjawan itu tetapi dengan beberapa syarat.

Beberapa ahli Parlimen Umno tidak berpuas hati dengan Muhyiddin kerana membiarkan 2 menteri kanan daripada PPBM mempengaruhinya untuk mencadangkan darurat, tambahnya.

“Sekiranya Muhyiddin mahu kami sokong belanjawan itu, beliau perlu singkir 2 menteri itu atau sekurang-kurangnya menghentikan mereka daripada menguasai keadaan,” katanya.

“Kami tak selesa dengan kuasa yang mereka ada,” katanya.

Bagaimanapun, orang dalam itu berkata kebanyakan ahli Parlimen Umno masih mahukan pilihan raya kilat.

Wakil rakyat yang mahu Muhyiddin bertahan juga mendekati ahli Parlimen DAP, PKR, dan Amanah untuk mendapatkan sokongan bagi belanjawan.

“Marilah bekerjasama untuk luluskan belanjawan,” katanya.

#Sumber :FMT  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minggu lepas kemain sombong.. dah macam dunia ni dia yg punye.. yg percaya sgt kat Jemin ngan Hamzah ni pasai apa?? Jemin ngan Hamzah ni pandai politik longkang ja.. dia ingat cara dia berjaya bermuslihat dgn Sultan Selangor jadi Menteri Besaq dulu boleh guna lagi.. lepas tu berjaya lagi bila bermuslihat dgn YDPA masa Langkah Sheraton.. tu yg over confident tak ingat.. la ni YDPA n raja2 perasan dah... masa hampa buat langkah Sheraton tu sebenaqnya hampa tak cukup sokongan jugak.. tapi nak buat camana YDPA dah lantik PM kat Muhyidin.. nak tarik balik tak manihlaaa... la ni kalau belanjawan lulus juga kat hampa maknanya parti2 lain kesian dan hormat kat
    YDPA.. jadilah hampa jenis kerajaan mengemis dan kerajaan simpati.. malu betoi ada kerajaan melayu macam ni.. nama pun kerajaan pencuri.. masuk ikut atap.. nak lari kut pintu kecemasan.. tup2 pintu kecemasan berkunci.. haha.. dah kena talipon polis mintak bantuan.. haha.. kepada UMNO inilah masa nak mintak jawatan PM.. jgn bagi kesian.. lepas tu mintak 2 orang mangkuk tu sumbat dalam tong taik..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.