Header Ads

ads header

Flash News

Surat terbuka kepada rakyat Malaysia oleh Tan Sri Musa Haji Aman.


Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dan membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan fitnah yang didalangi jentera propaganda Warisan Plus.

Warisan Plus wajar mengakui punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, dan bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sekiranya Warisan Plus memenangi pilihan raya negeri Sabah lalu, saya tidak fikir mana-mana pemimpinnya akan menyentuh isu pandemik berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang dengan mudah menyatakan cubaan saya menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, membawa kepada pilihan raya negeri.

Dalam usaha berterusan DAP untuk mengelirukan rakyat, Ahli Parlimennya, Teresa Kok, berkeras menyatakan pilihan raya negeri Sabah berpunca daripada saya, Musa Aman, kerana saya cuba menggulingkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” dan seterusnya mendakwa tindakan saya sebagai “dosa utama” yang menyebabkan peningkatan kes.

Saya ingin mengingatkan Teresa Kok, PH dan Warisan Plus dan sesiapa saja pemimpinnya, bahawa pakatan dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang menyokong penuh Shafie dalam menasihati TYT untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Shafie yang menyebarkan video bahawa beliau sanggup mati daripada menyerahkan kembali kuasa kepada saya. Ironinya, beliau yang lebih awal merampas pentadbiran kerajaan daripada kami selepas PRU-14.

Warisan Plus dan PH mesti berhenti membohongi diri sendiri dan rakyat mengenai siapa sebenarnya kerajaan pintu belakang di Sabah.

Shafie mendesak pilihan raya diadakan kerana menyedari beliau hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang budiman, namun memilih untuk menasihati TYT supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya walaupun menyedari kesan melakukannya di tengah-tengah pandemik.

Beliau boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau membawa Sabah ke kancah pilihan raya ketika pandemik Covid-19. Beliau membuat pilihan yang jelas salah dan mementingkan diri sendiri.

Tidak seperti Shafie, Menteri Besar dan Ketua Menteri lain bertindak secara matang dan terpuji - mereka meletak jawatan. Tiada yang memilih untuk membahayakan nyawa rakyat di negeri masing-masing.

Sejak pilihan raya lalu, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan Covid dengan ratusan kes baharu setiap hari.

Saya berasa amat terkesan dengan perkembangan menyedihkan ini dan saya berpendapat beberapa penekanan mesti dibuat supaya keadaan sebenar diperjelaskan manakala rakyat boleh menilai sendiri siapa yang bertanggungjawab terhadap bencana ini.

Saya ingin menegaskan, tiada mana-mana 32 bekas wakil rakyat yang menyatakan sokongan terhadap saya untuk membentuk Kerajaan Negeri pada 29 Julai 2020 atau saya sendiri, pernah memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau pilihan raya diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Lebih penting, tiada mana-mana antara 32 wakil rakyat itu atau saya mempunyai kuasa untuk meminta Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Pilihan raya negeri itu berpunca daripada nasihat yang salah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mengambil kira ancaman terhadap nyawa rakyat Sabah, kami mengarahkan peguam supaya memohon penangguhan pilihan raya kerana adalah berbahaya untuk mengadakan pilihan raya dalam suasana pandemik berleluasa.

Peguam utama kami merayu dengan panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, memohon Mahkamah membenarkan penangguhan kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat.

Bagaimanapun, peguam mewakili bekas Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah keras menentang kami dan menyifatkannya sebagai hujah terdesak untuk menghalang pilihan raya. Saya menolak keras dakwaan bahawa ia adalah hujah terdesak.

Dalam hal ini, Shafie Apdal mesti memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya menolak permohonan penangguhan pilihan raya ketika pandemik.

Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan daripada pentadbiran negeri terdahulu mengapa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan ketika suasana pandemik Covid masih berleluasa.

Jelas, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid adalah berpunca daripada mereka yang menyebabkan pilihan raya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Saya menolak keras fitnah melampau dan tuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan diri saya, kononnya kami menjadi punca peningakatan kes pandemik Covid-19 di Sabah dan seluruh negara.

Tan Sri Musa Haji Aman.

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. FITNAH DAN SUMPAH PALSU AKAN MEMAKAN DIRI PELAKUNYA DIDUNIA DAN AKHIRAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Jgn risau tan sri..tanpa surat terbuka ini kami warga Malaysia yg cerdik dan bijak telah mengetahui siapa dalang yg menyebabkan kes mencanak di Sabah..
    Puak yg KUAT MENIPU jelas dimata kami selama 22 bulan yg lps..

    BalasPadam
  3. Jgn risau tan sri..tanpa surat terbuka ini kami warga Malaysia yg cerdik dan bijak telah mengetahui siapa dalang yg menyebabkan kes mencanak di Sabah..
    Ni semua pasal Tan Sri lah memerintah Sabah tak betul.. rasuah.. lepas kalah lari.. duit dah selamat baru ingat balik Sabah.. lepas tu salahkan Warisan plak dia kalah.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian. Masih tK boleh nak hadam Akan kekalahan PH Dan kebodohan PH yg inginkan PRN sabah. Aku doakan semoga ko akan kurangkan kebodohan ko bila Komen ya.

      Padam
    2. Asal sahaja komen keluar dari macai kluster pakatan hancing, terserlah kebodohan terlampau dan buta kayu kerana tidak ingin menerima kebenaran dan ingin tutup pekung kartel ph telah membentuk kerajaan negeri selepas PRU 14 dengan cara tebuk atap dan tidak dapat terima hakikat sekarang rakyat menolak kerajaan ph yang kencing rakyat

      Padam
  4. PH & penyukung nya.punya bodoh lama pun x abis lagi.Dah tambah bodoh baru lagi..?

    BalasPadam
  5. Maaf kalau saya mencelah... Tak salah kan kalau pihak penyokong dan katak katak kamu tak mengganggu kerajaan negeri Memerintah masa itu... Atau erti kata lain tak payah la nak rampas kuasa masa tu dengan keadaan Negara dilanda Pandemik... Cuba cuba la bertahan dari niat tu untuk beberapa tahun je pun lagi... seperti mana ingin menanguhkan PRN kononnya... Ini tak dalam masa Negara dilanda Covid time itu juga nak kumpul katak katak time itu juga nak tukar kerajaan... Kalau kau dan konco mu fikirkan pasal keadaan Pandemik rasanya tak akan jadi macam ni... Lepas tu nak salahkan orang plak... Allahuakhbar... Sarang tebuan tak di kacau tak kan la tebuan tu datang sengat... Cakap dan fikir guna akal.
    wahai Musa Aman kalau kau tak memulakan dah tentu Sabah tak ditahap ini... Allahuakhbar... Allah maha melihat segalanya... 1jari menunjuk orang 4jari menunjuk ke diri sendiri... Sendiri mau fikir... Dari pemikiran saya selaku Rakyat Sabah sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima je lah kalau Tak cukup majoriti letak jawatan. Tak perlu buat PRN bagi membuktikan masih Ada sokong rakyat. Last2 kalah juga. PH ni bodoh dah lah bodoh lepas tu nak salahkan org lain pula. Tambah bertingkat2 lah bodohnya puak2 PH ni.

      Padam
  6. Musa aman dan konco2nya punca cobid19 menyerang rakyat sabah dan seluruh semenanjung...usah nebegak benang yg basah...

    BalasPadam