Header Ads

ads header

Flash News

Teori Politik Semasa: Penyataan Anwar ada sokongan masih dalam keraguan Agong


6 perkara perlu diambil perhatian


1.  Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

2.  Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu.

3.  "Usul tidak percaya amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuklah kesahihan kerajaan sekaran bawah pimpinan perdana menteri. Sekiranya usul itu disokong sebahagian besar hali Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong. Meminta speaker tidak menolak usul ini.

4.  Tengku Razaleigh mendakwa Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua kali.

5.  Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan Muhyiddin menolak usul itu dan mengatakan usul-usul persendirian termasuk usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi, dan usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dari Pasir Putih, Sabak Bernam dan Arau.

Kesemuanya  telah disenaraikan berdsarkan masa penerimaan usul-usul tersebut dan  disenaraikan di kertas Aturan Urusan Mesyuarat

6.  Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bagi membolehkan usul persendirian diberi keutamaan dan dibentang di Dewan Rakyat.

Rumusan

Apabila Anwar jumpa Agong dengan menyatakan ada sokongan lebih 120 MP tanpa memberikan nama MP kononnya adalah strategi mengikut pendapat penyokong Anwar ditakuti maklumat ini bocor kepada Mahathir dan Daim tidak memberikan satu penyataan yang kukuh.

Kalau tak ada nama Agong nak panggil siapa? Panggil Zahid, zahid kata tak ada, Anwar kata ada. Siapa betul? Kan bijak panggil orang yang dinamakan, Nampak bodoh kenyataan tak beri nama kerana strategi. Habis Agong nak pengesah nak panggil siapa. Itu wujud keraguan atas kenyataan Anwar. Itu hujah bodoh penyokong Anwar atas tak beri nama. Ingat kes Jam dulu. Tak nak tunjuk jam kononnyanya nak tunjuk di mahkmah. Sampai hari ini Jam Omega itu ramai kena kencing.

Walaupun begitu, Agong bersifat bijaksana telah memanggil Tengku Razaleigh (Kuli) sebagai orang yang akan menjalankan tugas kerana Kuli orang lama, berpengalaman, tidak memihak mana-mana walaupun dia UMNO dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO. Kuli pun sebelum ini telah mengemukakan usul tak percaya kepada PM pada 25 September lalu.

Hasil drp perbincangan ini maka perkara yang paling baik ialah dengan membentangkan usul tidak percaya kepada PM.

Sekiranya usul (undi tidak percaya) tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-ahli Dewan Rakyat maka dengan itu baharu boleh disahkan kerajaan PN jatuh dan 'mungkin' Anwar ada sokongan 120 MP seperti diwar-warkan.

Kenapa 'mungkin'

Mungkin juga yang tidak menyokong Muhyiddin juga tidak menyokong Anwar tetapi mereka lebih suka untuk diadakan PRU-15 bagi mendapat mandat rakyat.

Anwar serah bola kepada Agong
Agong passing kepada Kuli
Kuli tendang kepada Azhar
Azhar tepis kepada Takiyuddin

Sekarang bola berada di kaki Takiyuddin Hassan.

Kita tunggu hari ini apa kata Takiyuddin pula.

NASIR RAMLEE

MR :  Nampak lambat lagi tamat permainan    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan