Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu salur RM4.38 juta kepada 333 usahawan terjejas Covid-19



KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menyalurkan sebanyak RM4.38 juta kepada 333 usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 setakat ini.

Ketua pegawai eksekutif YPU Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, pinjaman yang diberikan adalah antara RM5,000 hingga RM50,000 setiap usahawan bergantung kepada tahap kerugian yang dialami.

“Peruntukan melalui Tabung Pemulihan PKS Terengganu Covid-19 ini adalah pinjaman patuh syariah tanpa riba dengan tempoh bayaran balik 5 tahun.

“Pinjaman khas ini diharap dapat memberi ruang untuk usahawan menyusun semula strategi perniagaan yang terjejas agar mampu bertahan dan bangkit semula bagi tempoh pasca-Covid-19,” katanya hari ini.

Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Antara usahawan yang menerima manfaat daripada tabung itu ialah mereka yang terlibat dalam perniagaan makanan dan asas tani, pelancongan, penjagaan diri dan kosmetik, peruncitan, tekstil dan kraf, kilang dan pembuatan serta teknologi maklumat.

Dalam pada itu, beliau berkata, YPU terpaksa membatalkan beberapa program yang melibatkan kempen promosi perniagaan usahawan Terengganu berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

“Namun, masih ada program berskala kecil yang berlangsung baru-baru ini, iaitu Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia Terengganu yang berlangsung pada 24 Sept hingga 27 Sept lepas.

Acara melibatkan 41 usahawan itu berjaya merekodkan jualan sebanyak RM87,720.20 bagi tempoh 4 hari.

“Kita akan terus membantu usahawan mendapatkan ruang promosi di pasar raya memandangkan fokus ketika ini adalah kepada pelancong tempatan yang semakin ramai sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP),” katanya.

#Sumber :  FMT  

MR :  Tahniah kerajaan  Terengganu 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan