Header Ads

Header ADS

Tiada keperluan isytihar darurat kata Agong


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Titah baginda, kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Yang di-Pertuan Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Titah baginda, kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

"Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.

"Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia," katanya.



MR :  Nampaknya Muhyiddin kena cari jalan lain 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Buat je usual undi Tak percaya. In sya Allah, Allah akan menolong kerajaan yg benar Dan sayangkan rakyat. Kita tgok lah samada Anwar ada number ke tidak. Sokongan majoriti terlalu umum without a number.

    BalasPadam
  2. DAULAT TUANKU...PN dipercayai Insha ALLAH...keperluan sekarang tangkap ANWAR dan sekutunya yang mengheret kekalutan KERAJAAN BETA dengan teori NOMBOR EKOR serta GILA dimakan SUMPAH LAKNAT RAKYAT

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.