Header Ads

Header ADS

TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila kuasa’


PETALING JAYA:
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji peranan semak dan imbang raja dalam pentadbiran negara, ketika raja-raja Melayu membincangkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik saja,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, paling penting sekarang ialah kebajikan rakyat diutamakan dan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan raja-raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja, di mana raja-raja Melayu berfungsi memberi kelebihan ‘check & balance’ dalam pentadbiran negara.

“Doa dan harapan saya adalah kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati raja-raja Melayu.”

Perbincangan khas raja-raja Melayu sedang diadakan di Istana Negara bagi meneliti cadangan yang dikemukakan Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu.

Tiada butiran berhubung cadangan itu, tetapi spekulasi tersebar luas mendakwa pengisytiharan darurat atau darurat separa antara perkara yang dikemukakan kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

#Sumber :  FMT

MR :   Siapa giler kuasa??


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nasihat yg sangat baik dari TMJ.. pemimpin yg tamak kuasa dan pentingkan diri ni berada didalam kerajaan dan luar kerajaan.. mereka perlu dinilai oleh majlis raja2.. mereka yg diyakini berjuang demi rakyat walaupun berada diluar kerajaan perlu dibawa masuk ke dalam kerajaan dan diberi peluang.. mereka yg pentingkan diri dan tamak walaupun berada dalam kerajaan patut disingkirkan.. barulah check n balance tu berjaya.. bukan sekadar majlis raja2 menggunakan kuasa mempertahankan dan menasihatkan kerajaan sedia ada... lagi satu perkara penting ialah keadilan perlu berlaku disemua peringkat.. kalau majlis2 raja2 berfungsi memberikan check n balance pada pemerintahan bagaimana pula check n balance dipihak majlis raja2 sendiri? rakyat dan pemimpin2 rakyat juga perlu diberi hak menilai sikap raja2 dalam berlaku adil dalam membuat sesuatu keputusan.. barulah sistem check n balance ini berjaya disemua peringkat dan pastinya majlis raja2 akan sgt2 dihormati dan dilindungi...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.