Tips Untuk Kurangkan Stres & Tekanan
Dalam keadaan yang tak menentu ni pasti perasaan dan emosi kita terganggu. Kalau korang ada rasa macam ni, cepat-cepat ambil tindakan dengan berehat sebentar dan tenangkan fikiran. Ambil nafas secukupnya dan cuba kosongkan minda sementara waktu.
Selain tu, korang juga boleh cuba beberapa tips dekat bawah ni:
- Semua orang tahu tentang manfaat buat
epal hijau, bukan saja dapat mengelakkan kita daripada mudah sakit
tetapi juga mengurangkan stress dan masalah migrin yang kronik. Masalah
stres yang ditanggung seseorang itu boleh menggangu emosi dan tidak baik
untuk kesihatan. Jom cuba cara ini, mudah mudahan dapat mengatasi
masalah stress anda.
- Urut telinga secara tidak
langsung membebaskan endorphin dalam otak dan membuatkan anda rasa lebih
tenang. Gosok dan picit telinga anda dengan menggunakan telunjuk dan
ibu jari.
- Kajian daripada penghidap
penyakit migrain yang kronik menyatakan menghidu bau epal dan buah
buahan yang citrus dapat mengurangkan dan melegakan tekanan. Jadi rajin
jarin la hidu bau buah buahan yang citrus ye.
- Makan makanan yang boleh
menghilangkan stress seperti asparagus, avocado, telur, ikan salmon,
susu, badam, buah oren, chocolate dan banyak lain. Makanan ini memberi
sumber vitamin C, B2, E, protein dan omega 3 yang memberi kesan
menenangkan.
- Lakukan aktiviti senaman
setiap hari sekurang kurangnya 15 – 30 minit. Tak kisah la joging,
berjalan, berenang dan sebagainya. So, kalau korang rasa serabut dan
stres, cepat cepat lakukan senaman dan rasai perbezaannya.
- Kita sememangnya cenderung untuk mengambil nafas yang pendek dimana nafas yang panjang yang akan melegakan tekanan dan membantu anda bernafas seperti normal. Nafas yang panjang juga merehatkan otot tubuh dan kurangkan kadar denyutan jantung. Jadi, kalau korang mara, sedih dan stress jangan lupa untuk mengawal pernafasan.
Khalie Azmi
#Sumber : maskulinMR :
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan