Trump terima rawatan antibodi eksperimen
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima rawatan antibodi eksperimen bagi jangkitan COVID-19 dan keadaannya 'lemah tetapi baik' kata doktor pada Jumaat.
Trump menerima satu dos antibodi Regeneron, berdasarkan surat yang dikeluarkan doktor di Rumah Putih, Sean Conley.
Rawatan itu sedang menjalani ujian klinikal tetapi belum mendapat sebarang bentuk kelulusan.
"Dia (Trump) sedang dinilai oleh sekumpulan pakar, dan kita akan membuat cadangan kepada Presiden dan isteri mengenai langkah-langkah terbaik," kata Conley.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengatakan bahawa beliau dan isterinya, Melania positif COVID-19 dan akan menjalani kuarantin.
"Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan dapat mengharungi bersama," kata Trump dalam ciapannya di Twitter.
Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19.
Hicks, 31, mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen pemilihan presiden pada Rabu.
Awal minggu ini, Regeneron mengumumkan hasil satu daripada kajian tahap awalnya yang menunjukkan ubatnya, yang disuntik secara intravena, mengurangkan virus dan masa pemulihan pada pesakit COVID-19 yang tidak dimasukkan ke hospital.
"Kita sudah mula membincangkan penemuan dengan pihak berkuasa dan akan meneruskan kajian yang sedang dilakukan," kata Presiden yang juga Ketua Saintis, George Yancopoulos..
Firma bioteknologi AS secara serentak menjalankan ujian peringkat akhir untuk pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan untuk potensi penggunaan ubat sebagai profilaksis.
Antibodi adalah protein pencegah jangkitan yang dibuat oleh sistem kekebalan tubuh yang dapat mengikat struktur tertentu di permukaan patogen dan menghalangnya menyerang sel.
Ubat eksperimen yang dihasilkan Regeneron bagi jangkitan COVID-19, yang disebut REGN-COV2, adalah gabungan dua antibodi, yang disebut sebagai 'koktail'.
MR : Hebat penipuan Amerika nak jual antibodi guna Trump sebagai bahan kempen iklan.. Ubat covid-19 boleh buat kaya dunia semuanya memerlukansila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan