Header Ads

Header ADS

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi?



Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sedang membuat kempen agar Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua pihak dibentuk.

Ia dibayangkan melalui satu posting yang dibuat oleh kelab penyokong beliau, Kelab Che Det dengan palang pagar, #Kerajaan Perpaduan.

Dalam posting itu, pengendali kelab itu menulis “Ketika Negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik.”

“Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan Negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik.

“Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” .

Turut disertakan bersama posting itu adalah gambar tiga pemimpin yang menemui Tun Dr Mahathir iaitu ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada 26 Oktober, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Zulkifli Al Bakri pada 27 Oktober dan Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu pada 28 Oktober (Rabu).

Cadangan ini mendapat sambutan yang baik dari penyokong beliau dalam komen-komen mereka selepas posting itu disiarkan.

Arib Samsuri menulis, “Kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang memerintah tanpa mengira fahaman politik. Diwaktu Covid-19 sedang melanda negara, itulah kerajaan yang rakyat perlukan. Tolong ketepikan fahaman politik masing2!!! Walaupun untuk seketika sahaja.”

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahathir juga berusaha menubuhkan kerajaan perpaduan ketika beliau dilantik menjadi perdana menteri interim.

Beliau bercadang mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan cara beliau memilih pemimpin yang beliau yakini untuk dilantik sebagai menteri bukan berdasarkan kedudukan dalam parti masing-masing.

Namun cadangan beliau ditolak oleh semua pihak termasuk rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sendiri ketika itu dengan alasan, “Tun Mahathir seolah-olah mahu membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira sokongan terhadap parti. Ia akan mendekati diktator”.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 lalu ketika negara panas dengan politik dan pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.

Ia dicetuskan Hadi dalam wawancara beliau dengan wartawan Mingguan Siasah dan laman Malaysian Insider ketika itu.

Muka depan Siasah (gambar) keluaran itu memuatkan berita utama bertajuk “Negara Tanpa Pembangkang”, yang menyusuli siri tumpuan kepada “politik damai” yang dicadangkan oleh Siasah.

Dalam wawancara itu, Abdul Hadi menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia di bawah bekas Presiden BJ Habibie.

Jelas Abdul Hadi, kerajaan perpaduan ini akan melibatkan semua parti politik menjadi sebahagian kerajaan, dan bukan hanya melibatkan Pas dengan Umno sahaja.

#Sumber : https://pakdin.my  

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. yang satu berkata atau perbincangan yang penting aku pm kau tpm dan yang lagi satu akan berkata tak aku pm kau tpm, tengok2 jam dah jam 5 petang, mesyuarat ditangguh pada esak hari dan seterusnya, begitulak kesahnya hal tak kesudahan, diharapkan PN tak berikut perangai macam gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah mula nak macam gitu..

      Padam
  2. Mimpi apa Tun Mahathir nak tubuh KERAJAAN PERPADUAN ???..masa jadi PM PAKATAN HARAPAN pun dah CANANG MALAYSIA dah MUFLIS...kutip derma pada RAKYAT MALAYSIA BARU untuk bayar hutang NEGARA yang MUFLIS diSEBABkan KERAJAAN BN diketuai DSNR..dan bermacam2 KEBURUKKAN KERAJAAN TERDAHULU DIHEBOHKAN seperti TIDAK ADA KEBAIKKAN PUN DARI KERAJAAN TERDAHULU...TERSUNGKUR KERAJAAN PAKATAN HARAPAN selepas Parti Bunga keluar dari PH...diCANANG pulak TSMY yang buat PH jatuh...semasa menjadi PM INTERIM..TIBA2 buat PENGUMUMAN...kita (MALAYASIA) ada duit lebih dari 1 TRILLION RINGGIT...PERMAINAN APA YANG TUN MAHATHIR nak TONJOLKAN dengan KERAJAAN PERPADUAN lepas ni ???..U TURN apa lagi TUN MAHATHIR ???...POLITIK apa kali ni yang TUN nak DENDANGKAN ???..

    BalasPadam
  3. Kerajaan Perpaduan suatu idea yg menarik.. tapi rasanya kerajaan perpaduan versi Mahathir tak akan mampu memupuk perpaduan kerana sikap Mahathir yg pendendam dan suka tikam belakang.. versi Mahathir lebih merbahaya kerana PM terlalu berkuasa.. kerajaan perpaduan ni sepatutnya lebih kurang spt sistem presiden tetapi haruslah dibentuk tanpa kuasa yg terlalu besar utk PM.. menteri2 hendaklah dilantik dan digugurkan selaras dgn persetujuan daripada presiden parti masing2.. menteri juga hendaklah dipilih daripada MP yg berkelayakan dan berpengalaman.. ini mengelakkan PM memilih pemimpin2 parti yg jelas memihak kepada PM sahaja seperti yg dialami oleh PKR dimana mereka2 yg tak sehaluan dgn presiden PKR dipilih menjadi menteri.. ini melemahkan PKR.. Mahathir menjadi duri dalam PKR kerana dendam lama kepada Anwar masih ada... PH secara keseluruhan yg dipersalahkan oleh rakyat kerana sikap pentingkan diri Mahathir ini.. Mahathir yg merosakkan PH dan membuat PH tersungkur.. tiada lagi peluang buat Mahathir daripada pihak pembangkang.. dan nampaknya peluang itu juga akan tiada daripada pihak kerajaan..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.