Header Ads

Header ADS

Ketidakstabilan politik jejas usaha tarik pelabur asing, kata pakar


PETALING JAYA:
Ketidakstabilan politik dan masalah pekerja asing antara faktor yang menghambat usaha Malaysia menarik syarikat melabur di negara ini, kata ahli ekonomi.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mencatatkan RM19.5 bilion daripada pelaburan asing dalam 6 bulan pertama 2020, dengan pengerusinya menyatakan beliau mengharapkan Malaysia terus menjadi hab pelaburan serantau walaupun berdepan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata, walaupun pendekatan inovatif Mida untuk menarik pelaburan amat tepat, ia tidak mencukupi kerana pelabur jangka panjang sangat mementingkan kestabilan politik.

“Kerajaan yang stabil amat penting bagi pelaburan asing untuk mencapai kadar pertumbuhan 1 digit tinggi yang diinginkan,” kata Yeah.

Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya (UM), menyatakan laporan Bank Dunia 2013 menekankan pengurangan pelaburan yang ketara di Timur Tengah dan Afrika Utara dari 2003 hingga 2012 kerana kejutan politik yang buruk.

Goh berkata, kestabilan Singapura membuatkannya menonjol daripada persaingan.

Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, Malaysia berjaya dalam dekad yang lalu untuk menarik pelaburan asing walaupun merupakan pasaran kecil.

Namun, katanya, ketidakstabilan politik ketika ini bermaksud pelabur mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Ketiga-tiga mereka mengulas kenyataan pengerusi Mida, Abdul Majid Ahmad Khan baru-baru ini, Malaysia akan tetap menjadi sasaran pelaburan yang menarik walaupun pandemik Covid-19 dan ekonomi global tidak menentu.

Katanya, kelebihan Malaysia termasuk rangkaian rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan boleh dipercayai, serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Ferlito berkata, dasar kerajaan baru-baru ini mengenai pekerja asing dan ekspatriat meletakkan Malaysia “dalam kedudukan sangat buruk” dan mendesak supaya dasar buruh dibincangkan dengan dewan perdagangan antarabangsa.

“Tidak ada syarikat asing yang sanggup datang ke sini dan tidak memiliki kebebasan sekurang-kurangnya memilih pengurus atasan mereka. Saya menjangkakan lebih banyak MNC akan meninggalkan Malaysia kerana ini,” katanya.

Ferlito berkata, larangan pekerja asing akan merugikan syarikat perkilangan dengan pengeluaran berskala besar, gudang dan sistem logistik, jenis operasi yang memerlukan sebilangan besar pekerja asing.

Goh bersetuju larangan pekerja asing akan merugikan ekonomi.

Katanya, anggaran tidak rasmi menyatakan Malaysia menempatkan hingga 6 juta pekerja asing, atau 18.6% daripada 32.6 juta penduduk negara ini – jauh daripada 2.1 juta yang didokumentasikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

#Sumber : FMT 

MR :  Orang politik mereka jaga perut mereka, rakyat bukan di pandang. Tapi bila PRU terhegeh-hegeh cari rakyat... pijak semut pun tak mati 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ulasan yg salah dari MR.. Orang politik dapat jaga perut mereka pasal ada sebilangan rakyat yg bodoh dan taasub membabi buta pada ahli politik tertentu.. mudah tertipu dan terpedaya bila sentimen dimainkan... tugas rakyat diberi satu undi setiap seorang.. dan sebelum mengundi kita perlu menilai semua pemimpin yg tercalon dgn asas kebenaran.. bukan sekadar tgk bendera.. tgk bangsa kita.. tgk kulit kita.. bukan sekadar sokong membabi buta.. kalau macam tu baik tak payah pegi mengundi.. lepas tu kerajaan yg berdiri secara khianat jgnlah disokong.. memang nampak Melayu menang.. Islam menang.. tapi malulah sbb mencapai kemenangan dgm cara khianat.. mana maruah kita melayu.. mana maruah kita Islam.. Allah dah janji bahawa mana2 perjuangan yg tidak berpaksikan ajaran Islam tak akan mencapai kemenanangan hakiki.. contohnya khianat.. mungkir janji.. menipu.. tak adil.. memfitnah.. sbb tu Nabi tak pernah buat dulu cam tu padahal boleh je Nabi nak khianat.. mungkir janji.. menipu tu.. sbb Nabi tau kemenangan bermaruah dan diberkati Allah takkan tercapai dgn cara tu.. sbb tu perjuangan nabi berlaku perlahan dan memerlukan pengorbanan besar jiwa dan raga.. walaupun pahit tapi atas nama kebenaran dan janji, nabi tetap patuh dan akhirnya Allah bagi kemenangan yg bermakna utk Islam hingga subur ke hari ini..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.