Header Ads

Header ADS

Walaupun Anwar Gagal, belum tentu kerajaan PN selamat kata Tun Abdul Hamid


WALAUPUN selepas menghadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA), DS Anwar berkata “Muhyiddin telah jatuh”, sebenarnya beliau telah gagal. Tidak perlu menghabiskan banyak perkataan dan ruang menulis mengenainya lagi. Beliau telah menjadi budak yang melaung “serigala”. Noktah.

Beliau tidak berjaya menjatuhkan TS Muhyiddin dan kerajaan PN. Tetapi, adakah kerajaan PN selamat?

Perhatian kita perlu beralih ke PWTC. Pada petang yang sama (13 10 2020), Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO telah bermesyuarat, dipengerusikan oleh DS Zahid Hamidi, Presiden UMNO. Mesyuarat itu, antara lain, memutuskan:

“1. UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada Kerajaan Perikatan Nasional bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

2. UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah”.

Saya terpaksa membaca perenggan 1 beberapa kali untuk memahaminya. Apa yang saya faham ialah UMNO akan meletakkan syarat baru kepada Kerajaan PN yang akan dijadikan perjanjian bertulis sebelum UMNO akan meneruskan kerjasama dengan Kerajaan PN.

Jika syarat itu tidak dipersetujui oleh Kerajaan PN, maka UMNO akan menarik diri daripada menyokong Kerajaan PN. Jika UMNO menarik diri, maka Kerajaan PN akan hilang majoriti.

Dua kemungkinan akan berlaku: sama ada DS Anwar atau orang lain akan dijemput oleh YDPA untuk menubuhkan kerajaan baru atau baginda akan membubar Parlimen dan PRU akan terpaksa diadakan.

Kita bincang keputusan ini dahulu. Tidak syak lagi bahawa keputusan itu adalah berbangkit daripada rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap pemberian jawatan dalam Kerajaan PN dan bilangan kerusi dalam pilihan raya, sebagai misalan, dalam PRN Sabah yang baru lepas. Ini ditujukan kepada TS Muhyiddin dan Bersatu.

Rasa tidak puas hati itu bermula dengan penubuhan Kerajaan PN, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak terpilih menduduki jawatan-jawatan dalam Kabinet TS Muhyiddin.

Mereka menghujahkan UMNO yang mempunyai kerusi terbanyak dalam gabungan PN telah dipinggirkan oleh TS Muhyiddin.

Ini diburukkan lagi oleh sabitan terhadap DS Najib yang menyebabkan DS Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar.

Kenyataannya itu dilihat sebagai bayangan bahawa UMNO mungkin keluar daripada Kerajaan PN akibat keputusan mahkamah itu, yang juga membayangkan apa yang akan berlaku kepada DS Zahid sendiri.

Nampaknya jerami terakhir yang mematahkan belakang unta adalah PRN Sabah. UMNO merasakan pembahagian kerusi untuk ia bertanding adalah tidak adil dan jawatan Ketua Menteri sepatutnya diberi kepada UMNO.

Maka, apabila DS Anwar mengeluarkan kenyataan beliau telah mempunyai majoriti untuk menubuh kerajaan baru, DS Zahid pun mengeluar kenyataan mengatakan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar, beliau menghormati tindakan mereka dan beliau tidak boleh menghalang mereka.

Pada masa itu, terdapat tiga kumpulan dalam UMNO berhubung isu ini:

1. Kumpulan yang menyokong DS Anwar untuk menggulingkan Kerajaan PN dan mahukan DS Anwar menjadi Perdana Menteri.

2. Kumpulan yang hendak menggulingkan Kerajaan PN tetapi mahukan pilihan raya diadakan.

3. Kumpulan yang menyokong Kerajaan PN dan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Saya percaya kumpulan DS Zahid pada awalnya berada dalam kumpulan Pertama. – lihat “Komplot September 2020: Apa Kesannya?” (01 10 2020). Tetapi, mereka kemudiannya berundur seorang demi seorang apabila melihat ia tidak akan berjaya. Hingga, apabila sampai tarikh DS Anwar diterima menghadap YDPA, hampir semua nama yang dikatakan menyokong DS Anwar itu menafikan sokongan mereka. Kenyataan Media Istana Negara selepas majlis menghadap itu, membunuh segala harapan DS Anwar.

Maka, pada petang hari yang sama, DS Zahid mempengerusi Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO. Dari apa yang saya faham ini adalah satu biro Majlis Tertinggi dan keputusannya mestilah disahkan oleh Majlis Tertinggi sebelum ia menjadi suatu dasar. Dalam hal ini nampaknya, keputusan itu tidak dibawa kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Sebaik sahaja ia diluluskan ia terus diumumkan, diikuti dengan kenyataan bahawa syarat baru itu akan dikemukakan pada esoknya dalam pertemuan antara DS Zahid dan TS Muhyiddin.

Soalan: Mengapa DS Zahid menggunakan biro itu untuk meluluskan keputusan itu dan tidak Majlis Tertinggi atau membawa keputusan itu kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskannya? Adakah DS Zahid takut Majlis Tertinggi tidak akan meluluskannya?

Sama ada keputusan itu mengikat UMNO atau tidak, kesannya sudah dirasa. UMNO, atau lebih tepat, kumpulan DS Zahid telah mengancam menarik diri keluar daripada Kerajaan PN sebaik sahaja DS Anwar selesai menghadap YDPA. Tarikh mesyuarat itu tentu telah ditetapkan lebih awal. Ia tentulah telah dirancang oleh DS Zahid untuk memberi sokongan kepada DS Anwar. Walaupun perancangan DS Anwar nampaknya gagal, kumpulan DS Zahid, yang kononnya mewakili UMNO telah menghidupkan semula harapan DS Anwar. Ia juga telah berjaya menambah keretakan dalam gabungan PN. Bendahari PAS Pusat telah pun mempertikaikan syarat baru itu, walaupun belum tahu apa syarat itu. Nampak seperti Kerajaan PN akan berpecah dan tumbang, bukan kerana kejayaan DS Anwar tetapi kerana tindakan DS Zahid, atas nama UMNO, memberi faedah kepada DS Anwar.

Soalan saya kepada Majlis Tertinggi ialah, apakah pendirian Majlis Tertinggi terhadap DS Zahid yang membelakangkan Majlis Tertinggi itu? Apakah pendirian Majlis Tertinggi terhadap keputusan itu?

Saya berpendapat, biar apa pun perbezaan pendapat dan rasa tidak puas di antara parti-parti komponen PN, mereka sepatutnya cuba mengekalkan Kerajaan PN sehingga pilihan raya diadakan. Yang paling penting adalah mengelak PH berkuasa semula, walaupun dengan DS Anwar sebagai Perdana Menteri. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan PN perlulah disokong sehingga masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Sampai kepada keputusan kedua, cadangan supaya MN didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah. Saya bersetuju dengan cadangan itu. Dari awal saya berkata UMNO dan PAS hendaklah memberi keutamaan kepada MN. Tetapi, PAS yang nampaknya mula membelakangkan MN, pertama kerana hendak mengambil hati Tun Dr. Mahathir; selepas TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, kerana hendak mengambil hati beliau sehingga menyertai pendaftaran PN. Sekarang, nampaknya PAS perlulah memilih untuk didaftarkan dalam gabungan PN atau MN.

Walau bagaimana pun, saya harap Bersatu, UMNO dan PAS akan mempertahankan Kerajaan PN sehingga diadakan pilihan raya.

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

MR : Bila menang hanya 2 undi, memang tak selamat   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Abdul Hamid begitu dangkal mengatakan Anwar gagal.. Anwar benar apabila mengatakan Muhyidin telah jatuh semasa beliau mengungkapkannya tapi YDPA telah menyelamatkan Muhyidin.. kuasa Anwar setakat itu saja.. mana mungkin dia mampu melawan titah dan keputusan YDPA walaupun jelas dia dipihak yg benar dan betul.. langkah Anwar ini memberi tanggapan baru dalam sistem politik Malaysia dimana mana2 kerajaan samada jenis bermaruah atau jenis tebuk atap akan dilantik sebagai kerajaan jika hanya mendapat perkenan YDPA.. menanglah pilihanraya dengan 222 kerusi pun kalau majlis raja2 tak perkenan maka kerajaan takkan tertubuh.. kerajaan yg jelas2 tak cukup sokongan macam PN sekarang ni pun majlis raja2 akan bantu atas dasar perkenan dan restu.. Muhyidin diberi masa dan ruang secukupnya utk mengembalikan sokongan.. berlainan sekali caranya semasa tampuk PH dirampas pengkhianat dulu... tiada ruang dan masa yg cukup utk PH mengembalikan sokongan.. segala2nya berlaku pantas.. pelik lagi ajaib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang melayu dah insaf. Bila jumpa keling dengan ular pukul keling dulu.

      Padam
    2. kenyataan BODOH dan membabibuta kerana P unah H arapan dirampas pengkianat...P akatan H ancing sendiri yg merosakkan pentadbiran negara agama ekonomi perpaduan dengan KHIANAT MANDAT RAKYAT tetapi kononnya sangatlah AMANAH...meratib bila boleh jadi PM..mahathir putar alam memulakan jatuhkan kerajaan munafik 22 bulan ini dgn letak jawatan..menyalak hapus rasuah..mereka pun 2x5..serta munafik pada manifesto pru 14...suara rakyat suara keramat dan terimalah SUMPAHAN RAKYAT atas tangan2 kamu sendiri dengan pelbagai FITNAH

      Padam
  2. engko suruh le abang non engko dedahkan nama. tu pun payah betul nak buat

    BalasPadam
  3. Mudin dlu pun x tunjuk senarai nama. Kalo walaun2 bahlol ada list dr mudin, bg link sini.

    BalasPadam
  4. Ulasan penyokong totot gitulahhhhhh.

    BalasPadam
  5. 2.20 Mayudin xperlu tunjuk senarai sbb pd masa tu negara tiada PM sbb Madet ltk jwtn..Anwar pun masa tu xtunjuk senarai nama..berbeza dgn situasi skrg ada PM..kenapala jd ba alif nganga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btl la anon 2.20 komen. PN mintak list, PH pn mintak list. Adil la kan. Baru tau sapa btl2 sokong. Ko kalo dah bodoh sgt, baik bernti je dari jadi org!

      Padam
  6. YDPA melindungi rakyat. Kalau rakyat Tak suka dgn Anwar adakah Raja nak lantik dia jadi PM juga? Alhamdulillah YDPA Kita mempunyai pertimbangan yang waras. Kesian Kat ko 11:10 PG masih terbuai dlm mimpi Dan angan2.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.