Header Ads

ads header

Flash News

Zahid dijadual mengadap Agong Khamis ini


Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, Khamis ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan ketika memaklumkan perkara itu berkata pertemuan tersebut dijadual akan dibuat pada jam 5.00 petang, susulan pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim pagi tadi.

“(Presiden Umno) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis ini, jam 5 petang,” katanya ringkas kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Umno di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam ini.

Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim pagi tadi dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan dokumen sahih kepada Seri Paduka di Istana negara bagi membuktikan dirinya memiliki sokongan lebih 120 ahli parlimen bagi menubuhkan kerajaan baru.

Sesi menghadap pagi itu sepatutnya dijadualkan pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan susulan kegeringan Seri Paduka yang terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, beberapa pemimpin parti politik juga telah dipanggil untuk menghadap ke istana.

Mendahului senarai itu ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menghadap Al-Sultan Abdullah pada jam 2 petang tadi.

MR :  Agong beri masa kepada Muhyiddin  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan